Utusan Borneo (Sarawak)

Ringgit dijangka lebih kukuh minggu ini

-

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka didagangka­n kukuh minggu depan ekoran ketegangan geopolitik di Korea Utara kini mula reda, selain kedudukan monetari domestik yang kondusif menyokong pertumbuha­n, menyaksika­n ringgit melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh 10 bulan pada Khamis kepada 4.1920/1970 berbandjng dolar AS daripada 4.2690/2720 sebelumnya.

Bank Negara Malaysia ( BNM) juga mengekalka­n kadar dasar semalaman pada 3 peratus sejak 13 Julai 2016, pada mesyuarat Jawatankua­sa Dasar Monetari (MPC).

Kenanga Investment Bank Bhd berkata MPC berpendapa­t bahawa ringgit telah mengukuh dan hampir kepada kedudukan asas ekonomi negara.

Rizab Antarabang­sa juga meningkat kepada AS$100.5 bilion (RM431.7 billon) pada 30 Ogos 2017, berbanding AS$100.4 bilion (RM431.0 bilion) yang direkodkan pada 15 Ogos, 2017.

Sementera itu, Ketua Pedagang Oanda Asia- Pacific Trading, Stephen Innes, berkata selain itu minat ke atas bon Malaysia semakin meningkat dengan tukaran asing menerajuin­ya dengan Nota- nota jangka pendek dibeli ketika ringgit semakin mengukuh.

“Saya melihat ekonomi Malaysia akan menjadi pencetus kepada rali yang lebih kukuh dalam ringgit,” kata Innes kepada Bernama, dan menambah penyiaran data eksport Malaysia minggu ini terus merangsang minat pelabur.

Ringgit disebut harga yang tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama yang lain.

Berdasarka­n perbanding­an Jumaat ke Jumaat pada minggu lepas, nota tempatan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.1342/1398 daripada 3.1482/1514 namun rendah berbanding yen kepada 3.8919/8977 daripada 3.8837/8882.

Ringgit mengukuh berbanding pound British kepada 5.5129/ 5203 daripada 5.5168/5220 dan tinggi berbanding euro kepada 5.0551/ 0624 daripada 5.1010/1063.

Pasaran ditutup pada Khamis dan Jumaat minggu sebelumnya dan Isnin minggu sebelumnya sempena cuti umum. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia