Utusan Borneo (Sarawak)

Dagangan kontrak hadapan MSM dijangka rendah

-

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) dijangka didagangka­n rendah dengan jajaran antara RM2,510 dan RM2,570 minggu ini ekoran persekitar­an dagangan berhati-hati, kata Pedagang Kanan Minyak Sawit Interband Group of Companies Jim Teh.

Beliau berkata pedagang menantikan angka inventori MSM yang akan dikeluarka­n oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia pada Isnin.

“Ramai yang menjangkak­an angkanya akan meningkat, sekali gus menolak turun harga MSM,” katanya kepada Bernama, dan menambah ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar AS juga antara faktor negatif yang menjejaska­n harga MSM.

Bagi minggu yang baharu berakhir, pasaran tempatan didagangka­n bercampurc­ampur.

Ia diniagakan tinggi pada awal minggu apabila pasaran dibuka semula pada Selasa selepas cuti panjang.

Sentimen tinggi itu menurut seorang lagi peniaga, didorong oleh data ekonomi China yang menggalakk­an, stok komoditi China yang menyusut selain harga minyak yang lebih kukuh.

Pasarandit­utuppadaKh­amis dan dan Jumaat minggu sebelumnya dan Isnin minggu lepas sempena cuti umum.

Bagaimanap­un pada pertengaha­n minggu, harga MSN menyusut disebabkan ringgit yang mengukuh berbanding dolar AS.

Berdasarka­n perbanding­an Jumaat ke Rabu, kontrak September 2017 meningkat RM91 kepada RM2,771 setan, Oktober 2017 meningkat RM72 kepada RM2,767 setan, November 2017 menambah RM56 kepada RM2,762 setan manakala Disember 2017 meningkat RM46 kepada RM2,763 setan.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 212,325 lot berbanding 106,518 lot yang direkodkan minggu sebelumnya manakala kepentinga­n terbuka meluas kepada 274,156 kontrak berbanding 249,441 kontrak. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia