Utusan Borneo (Sarawak)

Badai Florida, Taufan Irma kembali kuat

Gabenor keluarkan arahan evakuasi mandatori ketika kekuatan ribut cecah kategori 5

-

MIAMI: Kekuatan Taufan Irma meningkat semula semalam ketika ia mulai m e m b a d a i F l o r i d a , mengancam hampir seluruh negeri tenggara Amerika Syarikat (AS) itu selepas meninggalk­an kemusnahan di seluruh Caribbean.

Ribut yang membawa angin sekuat 210 kilometer sejam (kmsj) dinaik taraf kepada ribut kategori 4 ketika ia menghampir­i rangkaian kepulauan Florida Keys, menurut Pusat Taufan Negara (NHC).

Puluhan ribu penduduk Florida berlindung di bilik bawah tanah daripada kemaraan ribut gergasi itu setelah lebih 6.3 juta, hampir satu pertiga populasi negeri tersebut, diarahkan berpindah.

“Jika anda telah diarahkan berpindah, anda perlu meninggalk­an rumah anda sekarang.

“Bukan malam ini, bukan sejam lagi, sekarang. Anda sudah kehabisan masa untuk membuat keputusan,” kata Gabenor Rick Scott beberapa jam sebelum angin kuat mulai membadai Keys.

Florida Power and Light berkata, lebih 170,000 rumah dan perniagaan terputus bekalan ketika ribut mengganas kira- kira 115 kilometer selatan-tenggara Key West.

P u s a t n y a d i j a n g k a merentasi Lower Florida Keys dalam tempoh beberapa jam sebelum mara dekat atau sepanjang pantai timur negeri semenanjun­g itu, di mana ia mengancam ombak ribut setinggi 4.5 meter.

Taman Wilayah Collier Utara, tempat perlindung­an sementara pinggir bandar Naples, sudah dipenuhi dengan penduduk yang berpindah.

Pangkalan Tentera Udara MacDill, ibu pejabat Pusat Tengah AS, mengeluark­an perintah evakuasi mandatori dengan pusat ribut dijangka melalui bandar Tampa awal hari ini.

Pusat Angkasa Lepas Kennedy turut ditutup.

Sekurang- kurangnya 25 kematian dilaporkan sejak Irma memulakan kemaraan pemusnahny­a di sepanjang Caribbean awal minggu lepas.

Penduduk Cuba yang dibadai Irma di bandarband­ar pesisiran pantai, selepas ribut itu mendarat pada Jumaat sebagai ribut kategori 5 dengan kekuatan maksimum di kepulauan Camaguey, melaporkan angin kuat yang amat bising, pokok dan tiang elektrik tumbang serta bumbung bangunan tercabut.

Tiada laporan kematian atau kecederaan setakat ini, tetapi pihak berkuasa mengakui kerosakan besarbesar­an telah berlaku dan sejumlah 1.5 juta penduduk telah dipindahka­n dair daerah rendah untuk mengelak risiko ombak ribut Atlantik.

Ombak besar menghempas Malecon, tebingan laut indah di ibu negara, menyebabka­n air laut melimpah ke daratan sejauh 820 kaki, menurut wartawan AFP.

Di Florida, bandarband­ar di pantai timur dan barat sudahpun kelihatan seperti bandar hantu tatkala penduduk yang kegelisaha­n mematuhi arahan evakuasi mandatori.

Di Key West, pihak polis telah membuka pusat perlindung­an sementara saat akhir bagi mereka yang tidak mempedulik­an arahan tersebut.

Scott Abraham yang tinggal di tingkat lima bangunan pangsapuri pinggir Miami Beach, enggan mematuhi arahan dan sanggup menempuh ribut bersama isteri dan dua anak mereka.

“Jika saya tinggal di rumah persendiri­an saya pasti sudah berpindah tetapi kalau tempat ini banjir, sekurangku­rangnya seminggu baharulah kami boleh pulang semula, saya tak mahu,” katanya.

Memberi amaran Irma mungkin lebih buruk daripada Taufan Andrew yang menyebabka­n 65 kematian pada 1992, gabenor menegaskan kesemua 20.6 juta penduduk Florida mesti bersedia untuk berpindah.

Satu lagi ribut kuat, Taufan Jose, turut mara ke arah kepulauan Caribbean yang dibadai Irma beberapa hari sebelumnya, namun mulai perlahan dan berubah hala ke utara.

Ia dijangka lenyap hari ini. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? MENGGERUNK­AN: Ombak ribut menghempas kuat tebingan laut El Malecon ketika Irma melalui Havana, Cuba kelmarin.
— Gambar Reuters MENGGERUNK­AN: Ombak ribut menghempas kuat tebingan laut El Malecon ketika Irma melalui Havana, Cuba kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia