Utusan Borneo (Sarawak)

Ribut petir jejas Itali

-

ROM: Sekurang-kurangnya lima maut dalam ribut petir kuat yang membadai seluruh Itali semalam, di mana bandar Tuscany Livorno paling teruk terjejas banjir kilat, menurut perkhidmat­an bomba.

Empat sekeluarga ditemui mati dalam sebuah rumah yang ditenggela­mi air di bandar itu, di mana hujan selebat empat inci dalam empat jam mencetuska­n banjir kilat yang membanjiri jalan raya dan menghanyut­kan kenderaan.

Akhbar harian Corriere della Sera melaporkan mereka yang terbunuh ialah seorang kanakkanak perempuan kecil, ibu, bapa dan neneknya.

Mayat kelima ditemui dalam kawasan yang terjejas tanah runtuh.

Tiga mangsa masih hilang, menurut briged bomba.

“Situasi amat sukar dan kritikal.

“Kami khuatir inilah bencana,” kata Datuk Bandar Livorno Filippo Nogarin.

P e r k h i d m a t a n perlindung­an sivil Itali mengeluark­an amaran kod jingga untuk Florence ketika ribut yang bermula di utara Itali malam kelmarin, mara di sepanjang negara ke selatan.

Jejambat ditutup sebagai langkah berjaga-jaga di ibu negara Rom.

Pertubuhan pertanian utama Coldiretti berkata, cuaca buruk menyusuli kemarau yang menyebabka­n tanah lebih kering dan gagal menyerap hujan.

Penurunan hujan di Tuscany khususnya telah merosot sebanyak 57 peratus pada musim panas ini, tambahnya.

Ia meletakkan kos kerosakan lebih 14 bilion euro sejak sepuluh tahun lalu. — AFP ALTO DE L’ANGLIRU: Seorang wanita Sepanyol berusia 29 tahun telah meninggal dunia selepas melanggar dinding ketika menunggang basikalnya berhampira­n dengan garisan penamat bagi peringkat sebelum peringkat akhir bagi Vuelta a Espana kelmarin.

Peringkat ke20 bagi perlumbaan selama tiga minggu di sekitar Sepanyol dijalankan dalam keadaan cuaca buruk dengan hujan dan kabus menjejaska­n pendakian ke Alto de l’Angliru di wilayah utara-barat Asturias.

“Pelumba basikal muda itu… meninggal dunia akibat kesan kecederaan teruk yang dialami selepas hilang kawalan terhadap basikalnya dan berlanggar dengan dinding,” pusat bagi penyelaras­an kecemasan Asturian menyatakan dalam satu kenyataan.

“Ia kelihatan bahawa kemalangan telah berlaku selepas mengalami masalah brek.”

Kemalangan berlaku sekitar tengah hari waktu tempatan hanya beberapa jam sebelum juara Tour de France Chris Froome namun menutup keseluruha­n perlumbaan dengan kemenangan.

Mangsa telah dibawa dengan helikopter ke sebuah hospital di bandar Oviedo, di mana beliau telah meninggal dunia. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia