Utusan Borneo (Sarawak)

Risiko runtuhan salji jejaskan Switzerlan­d

-

GENEVA: Pihak berkuasa Swiss telah memindahka­n beratus-ratusorang­dikawasan glasier Alp Trift di selatan negara, memberikan amaran mengenai kemungkina­n runtuhan salji glasier.

“Satu ‘serac’ besar akan runtuh pada bila-bila masa,” pihak polis di daerah Valais menyatakan di dalam satu kenyataan. Satu ‘ serac’ merupakan satu puncak atau hujung ais di permukaan bagi sebuah glasier.

Ahli geologi sebelum ini menyedari pergerakan ketara di sepanjang “lidah” bagi glasier Trift, yang terbaharu sehingga 130 sentimeter pada masa sehari, menurut pihak berkuasa tempatan.

Satu runtuhan akan mengancam perbandara­n Saad-Grund. Pihak berkuasa telahpu memindahka­n 222 orang, seorang jurucakap polis Simon Bumann memberitah­u AFP.

Satu keruntuhan glasier boleh menyebabka­n satu runtuhan salji ais yang boleh sampai ke kampung tersebut.

Kawasan yang berada betulbetul di bawah glasier dan laluan pendakian di wilayah telah ditutup, sementara lif dan sebatang jalan raya tempatan telah ditutup.

Glasier itu telah berada di bawah pengawasan sejak Oktober 2014, ketika kawasan itu ditutup selama tiga minggu. Dengan satu kepulangan semula kepada suhu yang lebih sejuk, situasi menjadi stabil semula dan pengharama­n akses telah ditarik balik.

Namun sejak permulaan minggu ini, pergerakan telah meningkat di bahagian paling bawah pada glasier tersebut.

Pengawasan radar telah digunakan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? RANAP: Keadaan kerosakan selepas gempa bumi magnitud 8.2 di pantai Pasifik Mexico di Ixtaltepec, Oaxaca kelmarin.
— Gambar AFP RANAP: Keadaan kerosakan selepas gempa bumi magnitud 8.2 di pantai Pasifik Mexico di Ixtaltepec, Oaxaca kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia