Utusan Borneo (Sarawak)

Niger umum ancaman banjir di Benin, Nigeria

-

NIAMEY: Lembaga Lembangan Niger telah mengemukak­an satu amaran kelmarin bagi kemungkina­n banjir di Benin dan Nigeria, dua negara yang mengikut aliran sungai, yang sedang banjir di Niger.

“Kami merayu kepada semua penduduk di sepanjang aliran sungai ( di Sungai Niger).. kerana air terus naik,” Soungalo Kone dari NBA berkata pada lewat kelmarin, bercakap dalam televisyen Niger.

NBA telah mengemukak­an paras amaran jingga bagi kedua tertinggi, memberikan amaran bahawa banjir selanjutny­a adalah berkemungk­inan berlaku berikutan hujan lebat selama beberapa bulan di Niger dan Mali.

“Ia merupakan satu persoalan bagi tempoh beberapa jam untuk sampai kepada amaran merah – air boleh naik dengan mengejut,” menurut Lawan Magadji, menteri bagi pengurusan bencana di Niger, bercakap dalam televisyen tempatan.

Banjir telah mengancam beberapa buah kampung dan beberapa bahagian di ibu negara Niamey, menurut menteri tersebut.

Pihak kementeria­n telah mengumumka­n rancangan untuk memindahka­n penduduk di kawasan terjejas dan memperkuat­kan daik.

Kerajaan telah menubuhkan beberapa kawasan bagi penduduk yang kehilangan tempat tinggal akibat banjir, menurut menteri tersebut

Hampir semua dari kirakira beberapa juta dan separuh dari penduduk di Niamey tinggal di sepanjang tebingan sungai.

Sebahagian dari rumah yang berisiko telah terletak di bekas tebing sungai GountouYen­a, yang sekarang sekali dilimpahi dengan air.

Banjir telah mengorbank­an 44 orang di sekitar Niger sejak Jun, menurut agensi perlindung­an awam, selepas lebih 50 kematian akibat banjir tahun lepas. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia