Utusan Borneo (Sarawak)

Fujimori terlantar semula di hospital

-

LIMA: Bekas Presiden Alberto Fujimori, disabitkan dan dipenjarak­an bagi kesalahan rasuah dan jenayah terhadap kemanusiaa­n, telah dimasukkan ke hospital di sebuah klinik kelmarin selepas mengalami satu masalah jantung, episod kedua sebegitu sejak beberapa hari ini, menurut doktor beliau.

“Pada pagi ini, beliau menunjukka­n tanda- tanda bagi permulaan untuk ‘tachycardi­a’, dan keputusan telah diambil untuk segera membawa beliau ke unit rawatan rapi,” kata Alejandro Aguinaga.

“Beliau sekarang berada dalam keadaan stabil dan telah melakukan beberapa siri ujian.”

Aguinaga menyatakan bahawa Fujimori, yang mengetuai Peru dari tahun 1990-2000, telah mengalami permulaan ‘supraventr­icular tachycardi­a’, yang merupakan satu petanda bagi satu masalah jantung, dan kejadian kedua sebegitu bagi pesakitnya dalam tempoh 11 hari.

Fujimori yang berusia 79 tahun telah pergi kali terakhir ke hospital pada 29 Ogos, ditahan selama sembilan hati sebelum pulang semula ke penjara.

Pada Mei, beliau mengalami ‘arrhythmia’ yang menurut doktor adalah kesan hipertensi.

Beliau disabitkan pada 2007 bagi peranannya dalam pembunuhan skuad maut yang menyasari gerila ketika beliau memegang kuasa dari 1990-2000.

M a h k a m a h s u d a h beberapa kali menolak tuntutan keluargany­a untuk membolehka­n beliau dibebaskan dari penjara atas sebab penyakit. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia