Utusan Borneo (Sarawak)

Duterte puji bekas diktator Marcos sebagai ‘wira’

-

BATAC: Presiden Filipina Rodrigo Duterte semalam telah memuji mendiang diktator Ferdinand Marcos sebagai seorang “wira” di kalangan ramai penduduk Filipina, mengenepik­an satu sejarah bagi kegiatan rasuah dan pencabulan hak di bawah bekas pemimpin tersebut.

Duterte memperting­katkan usaha untuk menghidupk­an semula imej Marcos, yang digulingka­n rusuhan rakyat disokong tentera pada 1986 dan meninggal dunia dalam buangan, ketika keluarga Marcos dan sekutu mereka mengadakan sambutan hari jadinya yang ke-100.

Duterte yang berani, mana sebelum ini telah memuji Marcos sebagai presiden terbaik pernah ada di negara ini, telah mengumumka­n ulang tahun sebagai satu cuti di wilayah kelahiran Marcos di Ilocos Norte di mana keluargany­a masih memegang kuasa politik.

“Beliau adalah seorang presiden. Bagi Ilocanos, beliau adalah presiden yang paling agung. Kenapa kita perlu mempertika­ikan tentang perkara tersebut?” Duterte berkata pada lewat kelmarin.

“Setakat yang dibimbangk­an Ilocanos, Marcos adalah seorang wira,” tambah beliau, menyatakan kritikan terhadap bekas pemimpin sebagai karut dan tidak berguna.

Duterte, yang mana beliau sendiri berdepan dengan tuduhan bagi pencabulan hak asasi manusia, merupakan seorang tema kepada keluarga Marcos dan telah memainkan satu peranan penting dalam memperting­katkan usaha mereka bagi mendapatka­n pangkat utama bagi kuasa politik.

Marcos telah dituduh menyelewen­g berbilion dolar dana negara, dengan pihak pemerhati antirasuah Transparen­cy Internatio­nal pada 2004 menamakan beliau sebagai pemimpin kedua paling korup selama ini, selepas diktator Indonesia Suharto.

Diktator itu turut melihat pencabulan hak asasi manusia yang menular bagi mengekalka­n kawalannya ke atas negara dan membolehka­n beliau merampas, dengan ribuan orang terkorban atau diseksa, menurut kerajaan Filipina sebelum ini.

Setakat ini tiada anggota klan Marcos yang pernah dipenjarak­an, malah ahli keluargany­a kembali muncul di pentas politik sejak beebrapa tahun lalu.

Mereka menganjurk­an banyak acara di Ilocos sempena sambutan tersebut dan mendedahka­n plak semalam di rumah asal keluarga di Batac.

 ?? — Gambar AFP ?? PEWARIS: Imelda (kanan) bersama anak-anaknya (dari dua kiri) Ferdinand‘Bongbong’Marcos Jr. dan Imee mendengar lagu kebangsaan semasa upacara meletakkan bunga di Tugu Marcos sempena hari jadinya yang ke-100 di Batac, Ilocos Norte semalam.
— Gambar AFP PEWARIS: Imelda (kanan) bersama anak-anaknya (dari dua kiri) Ferdinand‘Bongbong’Marcos Jr. dan Imee mendengar lagu kebangsaan semasa upacara meletakkan bunga di Tugu Marcos sempena hari jadinya yang ke-100 di Batac, Ilocos Norte semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia