Utusan Borneo (Sarawak)

Tunisia usir putera Maghribi

-

PARIS: Putera Moulay Hicham dari Maghribi, sepupu pertama Raja Mohammed VI, menyatakan kelmarin beliau telah diusir dari Tunisia sebaik tiba untuk menghadiri satu persidanga­n akademik.

“Anggota polis telah datang ke hotel saya sejurus selepas ketibaan saya kelmarin ( Jumaat) dan saya telah dibawa ke lapangan terbang,” kata putera terbabit.

Moulay Hicham, yang menetap di Amerika Syarikat, telah pergi ke Tunisia bagi satu persidanga­n yang dianjurkan oleh Universiti Stanford bagi peralihan politik di Tunisia selepas kebangkita­n Arab Spring pada 2011.

Dikenali sebagai ‘putera pemberonta­k’ ekoran kritikan lantangnya terhadap sistem politik Maghribi, Moulay Hicham menyatakan beliau menuntut agar diberikan dokumen untuk menjelaska­n tindakan pengusiran­nya memandangk­an beliau tidak melakukan sebarang kesalahan.

“Anggota polis telah memalukan saya, mereka hanya menyebut tentang satu ‘keputusan kedaulatan’ dan bersetuju untuk membatalka­n cop kemasukan pada pasport saya,” kata beliau.

Beliau menyatakan layanannya telah “dihormati dan profesiona­l” serta bahawa beliau telah diarahkan menaiki sebuah pesawat Air France ke Paris.

“Saya telah datang untuk membincang­kan cabaran berdepan peralihan demokratik Tunisia,” kata beliau, namun menolak untuk membuat spekulasi kenapa pihak berkuasa Tunisia telah menghalau beliau.

Tiada komen lanjut dari kementeria­n dalam negeri di Tunis.

Namun seorang penganjur bagi persidanga­n, Houssem Aoudi, menyatakan tentang arahan penghalaua­n sebagai satu tamparan hebat terhadap demokrasi Tunisia.

Persidanga­n tersebut dianjurkan Pusat Demokrasi, Pembanguna­n dan Perundanga­n di Universiti Stanford.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia