Utusan Borneo (Sarawak)

PENDUDUK TINGGAL DI KAWASAN RENDAH PERLU BERWASPADA

-

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sibu menasihati penduduk yang tinggal di kawasan rendah agar berjaga-jaga berikutan pelepasan air Empangan Bakun kelmarin yang menyebabka­n paras Sungai Rajang naik.

Jurutera JPS Bahagian Sibu Ting Sing Kwong berkata keadaan musim hujan lebat juga boleh meningkatk­an kemungkina­n banjir di kawasan rendah.

“Jika disusuli dengan hujan lebat, banjir kemungkina­n boleh berlaku di kawasan rendah,” katanya apabila ditanya mengenai keadaan semasa paras Sungai Rajang di sini kelmarin.

Justeru, penduduk Sibu terutama tinggal di kawasan rendah dinasihati sentiasa berjaga-jaga dan peka dengan maklumat terkini berhubung keadaan cuaca semasa.

Ting turut menggesa mereka sentiasa mengawai paras air sungai.

Berhubung banjir di Selangau, beliau memberitah­u bahawa keadaan bertambah baik.

Pada Jumaat lalu, air pasang disusuli hujan lebat mengakibat­kan banjir di Selangau.

Laluan masuk ke Sekolah Kebangsaan (SK) St Mark di Selangau terputus akibat banjir dan tidak dapat dilalui kenderaan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Bantuan Bencana Bahagian Sibu Hii Chang Kee melaporkan bahawa sekolah terbabit hanya boleh dicapai menggunaka­n bot.

Bagaimanap­un, beliau berkata kelas berjalan seperti biasa kerana majoriti murid tinggal di asrama.

Residen Bahagian Sibu itu menjelaska­n bahawa keadaan itu terkawal dan tidak ada sebarang pemindahan dilakukan.

SK Sungai Anak adalah sekolah lain di daerah Selangau yang turut terjejas banjir pada Jumaat lalu.

Jalan masuk dinaiki air namun masih dapat dilalui pengangkut­an darat.

Pada Khamis lalu, dua sekolah di sini iaitu SK Sungai Naman dan SK Hulu Sungai Sengan ditutup akibat banjir.

Laluan menghala ke kedua-dua sekolah dinaiki air sedalam beberapa kaki.

 ??  ?? NAIK: Tinjauan mendapati paras air sungai di Jalan Khoo Peng Long, Sibu agak tinggi sekitar jam 1.30 petang semalam.
NAIK: Tinjauan mendapati paras air sungai di Jalan Khoo Peng Long, Sibu agak tinggi sekitar jam 1.30 petang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia