Utusan Borneo (Sarawak)

BOMBA PASTIKAN CALON DUDUKI UPSR

-

Dua keluarga terpaksa memohon bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Betong untuk membawa dua anak mereka yakni calon peperiksaa­n Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bermula hari ini (Isnin) untuk kembali ke asrama di SK Abang Abdul Kadir Betong selepas kediaman Rumah Aman Jugir Betong terputus hubungan akibat banjir.

Menurut Pegawai Operasi PBK I Henry Jugah, Walter Reing Jawa dan Poblo Emel Musit adalah dua calon UPSR yang akan menduduki peperiksaa­n itu hari ini.

“Penghuni rumah panjang tersebut membuat panggilan terus ke BBP Betong pada jam 9.24 pagi semalam meminta bantuan kerana laluan keluar dari rumah terputus.

“Hujan turun sejak petang kelmarin dan berterusan sehingga malam menyebabka­n air naik. Disebabkan itu juga laluan digunakan keluar sepanjang 700 meter tidak dapat dilalui seperti biasa,” katanya.

Jelasnya, penduduk juga risau kerana air naik mendadak sehingga satu kaki dari paras sungai dan laluan terputus.

“Pada masa sama bomba omba menjalanka­n khidmat khashas dengan membawa dua pelajar sekolah menduduki peperiksaa­n UPSR ke SK Abang Abdul Kadir pada jarak tujuh kilometer dari kediaman.

“Ini bagi memastikan keduadua calon selamat sampai ke asrama sekolah dan dapat menduduki peperiksaa­n penting esok (hari ini),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas berhubung bantuan dan khidmat yang diberi kepada mangsa bencana semalam.

Dalam pada itu, mereka turut memantau di sekitar lokasi banjir berlaku akibat hujan yang berterusan sejak kelmarin.

Henry turut memberi peringatan kepada penduduk sekitar kawasan rendah yang berkemungk­inan berlakunya banjir dan bencana lain akibat hujan agar sentiasa bersedia kerana dikhuatiri berlakunya musibah tersebut yang memungkink­an mereka dipindahka­n ke lokasi selamat.

 ??  ??
 ??  ?? SEDIA BERKHIDMAT: Anggota bomba membawa salah seorang murid berkenaan keluar dari bot untuk dihantar ke sekolah.
SEDIA BERKHIDMAT: Anggota bomba membawa salah seorang murid berkenaan keluar dari bot untuk dihantar ke sekolah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia