Utusan Borneo (Sarawak)

RUMAH PANJANG KENYAH DIANCAM TANAH RUNTUH

-

MARUDI: Sebuah rumah panjang suku kaum Kenyah di Long Ikang, Baram Tengah diancam bahaya selepas kejadian tanah runtuh berlaku awal pagi kelmarin (Sabtu).

Kejadian tanah runtuh dipercayai berlaku sekitar jam 1 hingga 3 pagi itu turut merebahkan sebuah stor berukuran 10x12 kaki milik penghuni yang terletak di tebing sungai berkenaan.

Jarak rumah panjang tersebut dari tebing runtuh hanya 80 kaki sahaja.

Sementara itu, Balai Bomba dan Penyelamat Marudi di sini menerima panggilan daripada Ketua Kaum Catharina Madang pada jam 9 pagi kelmarin lalu bergegas ke tempat kejadian jam 9.55 pagi menggunaka­n bot laju.

Pegawai Kanan 1 (PKI) Hashim Morshidi mengetuai pasukan bomba dan penyelamat yang terdiri daripada empat anggota ke lokasi, tiba di sana jam 12.30 tengah hari lalu melakukan pemantauan dan pemeriksaa­n.

Menurut Hashim, pasukan bomba dan penyelamat tiba di lokasi kejadian mendapati sebuah stor dibina di hadapan rumah panjang turut runtuh akibat susuran tanah yang berlaku pada awal pagi berkenaan.

Katanya setelah mendapatka­n maklumat dan laporan lengkap berhubung kejadian tersebut pihaknya kembali semula ke Marudi dan tiba di sini jam 5 petang kelmarin.

“Sebelum berangkat pulang, saya sempat menasihat penduduk rumah panjang tersebut supaya berhati-hati dan berwaspada terutama ketika hari hujan dan memaklumka­n dengan segera jika ada perkara mencemaska­n berlaku,” katanya.

Kejadian tanah runtuh yang berlaku bagaimanap­un tidak melibatkan kemalangan jiwa atau sebarang kecederaan.

 ??  ?? RUNTUH: Stor yang dibina di tebing sungai turut terjejas.
RUNTUH: Stor yang dibina di tebing sungai turut terjejas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia