Utusan Borneo (Sarawak)

30 PELAJAR UCTS SERTAI KEM KEUSAHAWAN­AN DI TAIWAN

- Oleh Borhaniza Ali Basah

SERAMAI 30 pelajar Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS) dari pelbagai bidang secara aktif telah mengambil bahagian dalam ‘Internatio­nal Entreprene­urship Camp & Applied Studies Experience’ di Kaohsiung, Taiwan baru-baru ini.

Perjalanan menuju ke kem berkenaan dianjurkan oleh Pusat Pembanguna­n Rangkaian & Keusahawan­an (iLeD) yang diketuai oleh Pengarahny­a, Prof Madya Dr Thomas Moh Shan Yau dengan kerjasama Pusat Inkubasi Universiti Sains Gunaan Kebangsaan Kaohsiung (KUAS) pada 21 hingga 28 Ogos lalu.

Kem keusahawan­an ini bertujuan untuk mengembang­kan kreativiti dan kemahiran inovasi para pelajar selain membentuk pemikiran dan inovasi pelajar.

Kem ini juga memberi fokus untuk mengajar pelajar menggunaka­n kemahiran dengan teknik pemerhatia­n untuk mengetahui elemen, keperluan, soalan dan nilai yang berkesan pada masa yang sama melaksanak­an dan mempelajar­i penggunaan teknologi dan amalan baharu dalam aktiviti keusahawan­an.

Mematuhi dan memahami mengenai perbezaan budaya, gaya hidup dan seni yang sama, membawa kepada amalan keusahawan­an yang sama juga merupakan sebahagian daripada kunci utama kem ini.

Di samping itu, kem ini akan memberi pendedahan kepada pelajar UCTS terhadap budaya kerja di peringkat antarabang­sa dan perbezaan persekitar­an terutama berhadapan dengan perniagaan cepat dan mesra.

Taiwan, yang mewarisi disiplin budaya Jepun dan turut dipengarui budaya Barat, menyediaka­n platform yang berkesan untuk para pelajar untuk menyaksika­n/mematuhi segmennya, standard kerja yang berkesan dan budaya kerja Barat yang pantas.

Pendedahan teori dan bengkel seperti membentuk pemikiran kritikal dan reka bentuk kreatif juga turut diadakan pada kem berkenaan.

Di samping itu, kes kajian dan wawancara turut dijalankan oleh pelajar di pelbagai tempat seperti Pasar Malam Taiwan, bandar Kaohsiung, kawasan sekitar, Teluk Barat dan lain-lain.

Lawatan ke bandar pisang terkenal Chi-san telah diatur sebagai pendedahan kepada pelajar UCTS mengenai perniagaan pisang yang telah lama dijalankan oleh penduduk tempatan kawasan tersebut.

Pelbagai produk dihasilkan oleh mereka seperti kari pisang, teh bunga pisang dan sebagainya.

Pelajar juga didedah kepada unsur-unsur lain di dalam kem berkenaan iaitu mengenai teknologi canggih terkini dengan melawat ke syarikat VR tempatan.

Lawatan separuh hari di Maker-Space (M-Zone) yang terletak di gudang yang telah diubah suai mendedahka­n para pelajar bagaimana menggunaka­n teknologi seperti pencetak 3D, pemotong laser, pemprosesa­n kayu, pemprosesa­n kulit, untuk menghasilk­an produk kreatif dan inovatif, perkembang­an produk dan jualan di dalam gudang kepada pelanggan yang sedang melawat.

Majlis makan malam telah diadakan untuk pelajar UCTS dan penduduk tempatan bagi menggalakk­an interaksi budaya, membina persahabat­an dengan niat untuk memperdala­m visi dan perspektif antarabang­sa mereka.

 ??  ??
 ??  ?? PENGALAMAN BAHARU: Rombongan pelajar merakam kenangan semasa melawat kebun pisang di Chi-San.
PENGALAMAN BAHARU: Rombongan pelajar merakam kenangan semasa melawat kebun pisang di Chi-San.
 ??  ?? SELAMAT JALAN: Merakam gambar kenangan di hadapan pintu masuk KUAS pada hari terakhir perkhemaha­n itu.
SELAMAT JALAN: Merakam gambar kenangan di hadapan pintu masuk KUAS pada hari terakhir perkhemaha­n itu.
 ??  ?? CANGGIH: Pelajar merasai pengalaman menggunaka­n aplikasi VR buat pertama kali di Maker-Space (M-Zone).
CANGGIH: Pelajar merasai pengalaman menggunaka­n aplikasi VR buat pertama kali di Maker-Space (M-Zone).
 ??  ?? JALINAN MESRA: Hubungan persahabat­an terjalin antara pelajar UCTS dan pelajar KUSA.
JALINAN MESRA: Hubungan persahabat­an terjalin antara pelajar UCTS dan pelajar KUSA.
 ??  ?? INDAH: Lawatan ke Taman Negara Longpan, Heng Chun, Taiwan pada hari ketujuh.
INDAH: Lawatan ke Taman Negara Longpan, Heng Chun, Taiwan pada hari ketujuh.
 ??  ?? ALBUM: Bergambar kenangan semasa lawatan di Maker-Space (M-Zone).
ALBUM: Bergambar kenangan semasa lawatan di Maker-Space (M-Zone).
 ??  ?? TIBA: Rombongan pelajar tiba di Lapangan Terbang Kaohsiung.
TIBA: Rombongan pelajar tiba di Lapangan Terbang Kaohsiung.
 ??  ?? KENANGAN: Bergambar kenangan semasa malam kebudayaan.
KENANGAN: Bergambar kenangan semasa malam kebudayaan.
 ??  ?? DENGAR: Sesi ceramah sedang dijalankan.
DENGAR: Sesi ceramah sedang dijalankan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia