Utusan Borneo (Sarawak)

GOOD WOOD BUKTIKAN KEUNGGULAN

Merangkul kejuaraan Hoki 7-Sebelah Terbuka Miri setelah menewaskan SMK Sebauh 1-0

- Oleh Clare Cinderella

Saya percaya melalui badan yang betul dan tepat seperti sebuah persatuan maka membolehka­n kita menyelaras­kan program dan aktiviti berkaitan hoki dengan pembanguna­n sukan hoki di negeri ini. Datin Mary Sadiah Zainuddin Presiden Persatuan Hoki Sarawak

MIRI: Pasukan Good Wood dari Miri muncul juara Kejohanan Hoki 7- Sebelah Terbuka Miri yang berakhir di sini semalam selepas menewaskan pasukan Sekolah Kebangsaan (SMK) Sebauh, Bintulu dengan 1-0.

Selain membawa pulang piala kejuaraan dan medal, Good Wood turut menerima hadiah wang tunai RM1,000 disampaika­n oleh Presiden Persatuan Hoki Sarawak (HAS), Datin Mary Sadiah Zainuddin pada majlis penutupan dan penyampaia­n hadiah di sini semalam.

Sementara pasukan SMK Sebauh terpaksa akur di tempat kedua membawa pulang medal dan hadiah wang tunai RM500.

Manakala Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang (KTDTHB) Miri berkongsi tempat ketiga bersama Bintulu Hawk masing-masing memenangi medal serta wang tunai RM250.

Sebanyak 16 pasukan mengambil bahagian pada kejohanan diadakan sempena Hari Keputeraan Yang diPertuan Agong dan Hari Jadi TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak dianjurkan Kelab Hoki Miri Warrior pada 9 dan 10 September.

Mary dalam ucapannya mahu pemain-pemain hoki di bahagian ini diterajui Kelab Hoki Miri Warrior menubuhkan sebuah persatuan di sini untuk memantapka­n pembanguna­n sukan hoki negeri ini ke peringkat akar umbi.

“Saya percaya melalui badan yang betul dan tepat seperti sebuah persatuan maka membolehka­n kita menyelaras­kan program dan aktiviti berkaitan hoki dengan pembanguna­n sukan hoki di negeri ini,” katanya.

Justeru, beliau mahu melihat semua individu dalam sukan hoki ini memainkan peranan aktif dan membantu menyum- bang kepada pembanguna­n sukan hoki negeri ini khususnya melalui saluran betul.

Pada masa sama, beliau mahu melalui persatuan yang ditubuhkan di bahagian dan bernaung di bawah HAS diharap dapat menganjurk­an pelbagai program pembanguna­n sukan hoki di Miri.

“Bagi HAS, saya memberi jaminan kami memberikan sokongan dan bimbingan untuk anda menubuhkan persatuan sejajar dengan keperluan sukan ini di bawah garis panduan oleh Persekutua­n Hoki Malaysia (PHM),” tambahnya.

Mary memberitah­u HAS dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri (MSN) Sarawak akan menganjur klinik kejurulati­han hoki untuk guru-guru dan pelajar pada 22 dan 23 September ini di sini sebagai salah satu usaha memantapka­n sukan hoki.

Hadir sama Naib Presiden HAS Claudia Ragina Janting, setiausaha kehormat HAS Kangot Awan, jurulatih hoki negeri, Sivasubram­aniam Chellappah, penasihat kejohanan Gurdial Singh serta pengerusi penganjur, Terinder Singh.

 ??  ??
 ??  ?? TAHNIAH: Mary menyampaik­an piala kepada ketua pasukan Good Wood dari Miri yang menjuarai kejohanan hoki di Miri semalam.
TAHNIAH: Mary menyampaik­an piala kepada ketua pasukan Good Wood dari Miri yang menjuarai kejohanan hoki di Miri semalam.
 ??  ?? PEMENANG: Tetamu bersama pemenang, Good Wood ( juara), SMK Sebauh (naib juara), KTDTHB dan Bintulu Hawk (berkongsi tempat ketiga) serta ketua pasukan masing-masing.
PEMENANG: Tetamu bersama pemenang, Good Wood ( juara), SMK Sebauh (naib juara), KTDTHB dan Bintulu Hawk (berkongsi tempat ketiga) serta ketua pasukan masing-masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia