Utusan Borneo (Sarawak)

ARSA umum gencatan senjata sehala

Pemberonta­k Rohingya di Rakhine seru bantuan antarabang­sa dihantar segera

-

COX’S BAZAR: Militan Rohingya yang bertempur dengan tentera Myanmar sekali gus menyebabka­n hampir 300,000 Rohingya melarikan diri ke Bangladesh, semalam mengumumka­n gencatan senjata sehala untuk membolehka­n bantuan dihantar kepada pelarian yang semakin terdesak.

PBB berkata, 294,000 pelarian Rohingya tiba di Bangladesh sejak serangan militan ke atas pasukan keselamata­n Myanmar di negeri Rakhine pada 25 Ogos lalu mencetuska­n pembalasan ketenteraa­n besar-besaran.

Puluhan ribu lagi dijangka bersedia untuk keluar dari Rakhine selepas lebih dua minggu hilang tempat tinggal serta tiada bekalan makanan dan air.

Tiga penduduk Rohingya dilaporkan maut akibat periuk api dekat sempadan yang didakwa dipasang pasukan keselamata­n Myanmar yang mahu menghalang pelarian kembali ke negara tersebut.

“Tentera Penyelamat Rohingya Arakan (ARSA) dengan ini mengumumka­n pengundura­n sementara operasi serangan ketenteraa­n,” menurut kumpulan tersebut dalam kenyataan rasmi Twitter.

Ia menggesa semua pihak kemanusiaa­n untuk kembali menghantar bantuan kepada semua mangsa krisis kemanusiaa­n tanpa mengira latar belakang etnik atau agama sepanjang tempoh gencatan selama sebulan hingga 9 Oktober depan.

ARSA kemudian menyeru Myanmar untuk membalas penangguha­n kemanusiaa­n ini, namun belum ada respons segera daripada tentera Myanmar.

Pihak berkuasa kelmarin menyatakan mereka akan mewujudkan tiga kem bantuan di kawasan majoriti Rohingya.

Program bantuan antarabang­sa di Rakhine dikekang keras ketika pertempura­n berterusan di beberapa bahagian di negeri tersebut.

Kementeria­n luar India menyeru keganasan dihentikan segera dan menggesa situasi ditangani dengan berhati- hati dan matang.

Ribuan Rohingya tiba di Bangladesh setiap hari, menyertai kem pelarian yang sudah sedia sesak sejak masalah meletus berdekadde­kad lalu.

Agensi pelarian PBB UNHCR menyatakan sejumlah 294,000 tiba baru-baru ini dan merayu sumbangan segera AS$77 juta.

Bulan Sabit Merah (ICRC) Bangladesh mengalu-alukan ikrar gencatan ketika agensi bantuan bergelut untuk memenuhi keperluan krisis besar-besaran itu, menempuh hujan monsun untuk menghantar bantuan kepada penduduk yang melarikan diri sehelai sepinggang.

“Bagaimana kita boleh menangani kemasukan seramai ini.

“Mereka mahukan tempat perlindung­an yang selamat,” kata Misada Saif, penyelaras pencegahan dan komunikasi delegasi ICRC Bangladesh.

Mengendong bayinya yang bogel yang menangis kelaparan, pelarian Rohingya Zohra Begum menahan tangisan ketika ratusan penduduk diarah meninggalk­an kawasan hutan di tepi pantai dekat Shamlapur.

“Kami pergi ke semua kem tetapi tiada tempat untuk berlindung, sebab itulah kami datang ke sini.

“Jika kami berpindah dari sini, ke mana harus dituju? Kami akan mati,” katanya.

Lebih dikenali sebagai Haraka hal-Yaqin (Pergerakan Kepercayaa­n), ARSA melancarka­n serbuan berselaras menggunaka­n ratusan militan pada 25 Ogos ke atas kira-kira 30 pos pemeriksaa­n polis dan pejabat negeri di negeri utara Rakhine.

Pembalasan oleh pasukan keselamata­n menyebabka­n penduduk Rohingya melarikan diri beramai-ramai, di mana mereka mendakwa etnik Buddha Rakhine menyertai pembunuhan penduduk kampung secara berleluasa.

Di kem sementara dekat Shamlapur, pelarian Rohingya meragui gencatan akan membolehka­n mereka pulang segera/

“Mereka( tentera Myanmar) berkata, ‘pergi atau kami bakar kamu semua’.

“Bagaimana kami boleh percaya gencatan ini akan mempunyai sebarang kesan?” kata Hafez Ahmed, 60.

Namun Hashem Ullah, 33, petani dari kampung barat Maungdaw, mahu kembali jika diberi pampasan dan diterima sebagai Rohingya.

“Bagaimana kami boleh hidup seperti ini di sini?” tambahnya lantas menunjukka­n persekitar­annya yang dikeliling­i tanah paya.

ARSA mendakwa mereka berjuang mempertaha­nkan Rohingya daripada penindasan di Myanmar, namun Myanmar melabel mereka pengganas ekstrem Benggali yang mahu mewujudkan wilayah Islam untuk Rohingya.

Tentera mendakwa sudah membunuh hampir 40 militan setakat ini, manakala beberapa pelarian Rohingya mengadu dipaksa berjuang oleh pihak ARSA.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? TERDESAK: Gambar fail 6 September lalu menunjukka­n penduduk Rohingya membawa mayat rakan mereka dengan bot setelah ditemui susulan insiden bot karam di Sungai Naf, dekat Ulubunia di Ukhiya.
— Gambar AFP TERDESAK: Gambar fail 6 September lalu menunjukka­n penduduk Rohingya membawa mayat rakan mereka dengan bot setelah ditemui susulan insiden bot karam di Sungai Naf, dekat Ulubunia di Ukhiya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia