Utusan Borneo (Sarawak)

Pemandu lori ditahan disyaki jual loteri haram

-

SIBU: Seorang pemandu lori ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penjualan loteri awam tanpa lesen.

Suspek berusia 29 tahun ditahan di rumahnya di Sungai Maaw, Sungai Bidut di sini jam 4 petang kelmarin.

Polis turut merampas wang tunai berjumlah RM2,829, telefon bimbit, buku dan kertas tertera angka, mesin kira-kira dan dua batang pen.

Suspek dan semua barang dirampas kemudian dibawa ke balai polis bagi membantu siasatan kes disiasat mengikut Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi.

 ??  ?? DIRAMPAS: Barangan milik suspek dirampas bagi membantu siasatan.
DIRAMPAS: Barangan milik suspek dirampas bagi membantu siasatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia