Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Sarawak terus gempur sarang kegiatan judi

-

KUCHING: Polis Sarawak terus menggempur sarang kegiatan judi yang menjalanka­n aktiviti haram itu di negeri ini sepanjang minggu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak SAC Datuk Dev Kumar dalam kenyataann­ya berkata polis telah menjalanka­n 13 serbuan membantera­s aktiviti perjudian dalam tempoh 4 hingga 10 September lalu yang membawa kepada penahanan 38 individu.

Jelasnya, sebanyak 10 serbuan daripada jumlah tersebut adalah terhadap aktiviti loteri (4D) haram.

“Dalam operasi tersebut, seramai 10 individu ditahan dan polis merampas wang tunai berjumlah RM4,524 selain beberapa telefon bimbit, slip pertaruhan, kalkulator dan pencetak,” katanya.

Selain judi 4D, polis turut menahan 28 individu kerana terlibat dalam kegiatan judi siber yang membawa kepada rampasan 22 unit komputer riba, tablet dan mesin judi termasuk wang RM2,509.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Miri merupakan benteng terakhir bagi pengendali perjudian siber dan penganjur terus beroperasi tanpa rasa khuatir dengan pembantera­san kegiatan judi di kawasan itu.

Dev yakin JSJ Miri dapat menghapusk­an operasi perjudian siber sepenuhnya dalam masa yang ditetapkan.

Beliau menambah, daripada jumlah 38 orang yang ditahan itu, berusia antara 16 hingga 60 tahun melibatkan 26 lelaki dan 12 perempuan termasuk empat warga asing.

Kesemua yang ditahan disiasat atas kesalahan mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Dev berkata operasi pembantera­san perjudian di negeri ini akan terus dijalankan dari semasa ke semasa bagi menghapus kegiatan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia