Utusan Borneo (Sarawak)

PNB tawar diskaun yuran daftar bagi khidmat perancanga­n harta

-

KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) menawarkan diskaun yuran pendaftara­n sebanyak RM100 (termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmat­an – GST) kepada pelabur bagi perkhidmat­an perancanga­n harta berkaitan dana amanahnya, Hibah Amanah dan Pengisytih­aran Amanah, mulai semalam hingga 30 November 2017.

Yuran biasa adalah RM180 (tidak termasuk GST).

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutifn­ya Mohammad Hussin berkata tawaran istimewa selama tiga bulan itu bertujuan menggalakk­an pemegang unit melanggan kedua-dua perkhidmat­an dan menguruska­n harta dalam bentuk unit amanah ASNB milik mereka.

“Perancanga­n perwarisan harta secara teratur dapat mengelakka­n masalah selepas berlakunya kematian pemegang unit, seperti pembekuan aset dan benefisiar­i gagal mencapai persetujua­n mengenai pengagihan atau isu-su lain.

“Benefisiar­i selalunya mahu mencairkan pelaburan tunai dalam dana amanah ASNB milik pemegang unit yang meninggal dunia untuk membantu mereka, sementara menunggu pengagihan aset lain,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mohammad berkata, Hibah Amanah dan Pengisytih­aran Amanah menjadikan benefisiar­i yang telah dinamakan tidak perlu mendapatka­n surat wakil kuasa atau probet (sijil pengesahan wasiat).

“Mereka hanya perlu hadir ke cawangan ASNB untuk membuat tuntutan dan proses tuntutan itu dijangka selesai dalam tempoh 30 hari, sekiranya tidak sebarang kesulitan,” katanya.

Borang pendaftara­n boleh diperolehi dari mana-mana 30 cawangan ASNB di seluruh negara atau dimuat turun dari laman web www.asnb.com. my. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia