Utusan Borneo (Sarawak)

APMM laksana operasi cari lelaki terjatuh ke laut

-

KUCHING: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) melaksanak­an operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang terjatuh ke laut di Kuala Belawai, semalam.

Timbalan Pengarah Operasi Daerah Maritim Kuching Komander Maritim Mohd Ariz Md Kassim dalam kenyataann­ya berkata pihaknya menerima laporan berhubung kes lelaki jatuh ke laut dari sebuah bot nelayan di kawasan Kuala Belawai.

Bertindak atas laporan tersebut, katanya operasi SAR telah diaktifkan segera pagi semalam.

“Maritim Malaysia Daerah Maritim Kuching (DM11) telah menggerakk­an sebuah bot dari Pangkalan Maritim Tanjung Manis ke lokasi kejadian,” katanya.

Menurutnya, operasi SAR turut melibatkan agensi lain termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Mohd Ariz mendedahka­n bahawa Pangkalan Hadapan Operasi (FOB) SAR telah diwujudkan di Kuala Belawai bagi memudahkan koordinasi operasi dilaksanak­an.

Setakat berita ini ditulis, setakat ini mangsa belum ditemui oleh pasukan SAR.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia