Utusan Borneo (Sarawak)

PRS sentiasa bekerjasam­a dengan komponen BN

Sebagaiman­a PDP dibantu, Masing berharap PDP sokong PRS bertanding di enam kerusi Parlimen

- Oleh Henrietta Liza

BAU: Parti Rakyat Sarawak (PRS) akan sentiasa berganding bahu dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) lain untuk memenangi kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Presiden PRS Tan Sri Datuk Amar James Masing berkata demikian sambil menambah, sebagaiman­a Parti Progresif Demokratik (PDP) telah dibantu beliau berharap mendapat sokongan balas daripada PDP untuk enam kerusi Parlimen yang akan ditandingi PRS.

“Inilah semuanya tentang BN. Kita berjuang untuk perkara yang menjadi milik kita dan kesediaan membantu parti komponen yang memerlukan bantuan kita,” katanya ketika berucap pada Majlis BN Solidarity Dinner di sini kelmarin.

Masing sekali lagi menegaskan bahawa kerjasama itu telah menjadi bukti atas kejayaan yang dicapai pada Pilihan Raya Negeri Ke-18 (PRN) tahun lepas apabila PDP berjaya menawan Tasik Biru.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri percaya segala kerjasama yang membolehka­n calon BN-PDP Datuk Henry Harry Jinep menang selesa, akan diteruskan bagi kerusi Parlimen Mas Gading yang akan dipertandi­ngkan untuk PRU14 nanti.

“Kami akan membantu PDP dan Datuk Henry pada pilihan raya akan datang tetapi kami mahukan sesuatu.

Inilah semuanya tentang BN. Kita berjuang untuk perkara yang menjadi milik kita dan kesediaan membantu parti komponen yang memerlukan bantuan kita.

“Kami bantu anda di sini, anda juga jangan kacau kami di tempat lain. PRS ada enam kerusi, anda bantulah kami bertanding secara sihat,” tambahnya pada majlis anjuran PRS Cawangan Tasik Biru yang diadakan di Dewan Suarah Bau.

Sementara itu, Henry yang juga merupakan ahli Majlis Tertinggi PDP berkata pihaknya telah memainkan peranan yang penting dalam kesatuan BN di Tasik Biru.

Dewan Undangan Negeri ( DUN) Tasik Biru menjadi milik PDP, yang pernah suatu ketika dikenali sebagai Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) yang agak lemah disebabkan krisis dalaman.

PRS bersama parti komponen lain seperti PBB ( Parti Pesaka Bumiputera Bersatu) dan SUPP (Parti Rakyat Bersatu Sarawak) telah memainkan peranan masing-masing dan memberi kemenangan kepada PDP memenangi kerusi Tasik Biru, tegasnya.

Bagi pihak PDP, solidariti itu wujud bagi pilihan raya akan datang untuk memberi kemenangan kepada BN sekali lagi selepas ini.

Ketua PRS Tasik Biru Datuk Wilfred Rata Nissom berkata kerjasama antara komponen BN di Tasik Biru telah menjadi amalan spontan sejak Henry mengambil alih kepimpinan BN di kawasan itu.

“Pemimpin akar umbi komponen BN sentiasa terlibat dalam hampir semua aktiviti pembanguna­n luar bandar dan Program Transforma­si Luar Bandar yang dimulakan oleh Datuk Henry di Tasik Biru,” katanya

Beliau juga menyebut bahawa Ahli Parlimen Mas Gading Datuk Anthony Nogeh juga patut dipuji kerana membawa keharmonia­n BN di kawasan Parlimen dan beliau menegaskan bahawa BN di Mas Gading bersedia untuk PRU14.

Majlis makan malam itu juga menyaksika­n Setiausaha Politik Ketua Menteri yang baharu Charles Chad Nissom diperkenal­kan kepada mereka yang hadir kelmarin pada majlis itu.

Charles yang berasal dari PRS, berkata beliau berharap dapat bekerjasam­a dengan Henry untuk programpro­gram di kawasanTas­ik Biru.

Turut hadir Menteri Muda Belia dan Sukan dan Ketua Pemuda PRS Datuk Snowdan Lawan, Ketua PRS Wanita Datuk Seri Doris Sophia Brodie, Pengerusi Tetap PDP Peter Ong, Ketua PDP Tasik Biru Michael Siten, Ketua PBB Tasik Biru John Nyigor dan Setiausaha SUPP Tasik Biru Chin Fui Nam.

Turut hadir sama adalah wakil rakyat PRS yang dipilih sebagai ADUN Samalaju Majang Renggi dan ADUN Murum Kennedy Chukpai Ugon serta Setiausaha Politik Ketua Menteri Edwin Banta.

Tan Sri Datuk Amar James Masing Presiden PRS

 ??  ?? IKRAR: Rakayah (tiga kiri) ketika mengetuai lafaz Ikrar Bebas Rasuah warga JPNS disaksikan Zulhairy (tiga kanan).
IKRAR: Rakayah (tiga kiri) ketika mengetuai lafaz Ikrar Bebas Rasuah warga JPNS disaksikan Zulhairy (tiga kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia