Utusan Borneo (Sarawak)

Dua lelaki diberkas kerana disyaki terlibat penyalahgu­naan dadah

-

MIRI: Dua lelaki dalam dua kes berasingan diberkas polis kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyalahgu­naan dadah.

Kedua- dua suspek yang berusia 54 dan 31 tahun kemudian dibawa ke pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Miri untuk tindakan lanjut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Superinten­den Stanley Jonathan Ringgit ketika dihubungi mengesahka­n tangkapan dan rampasan berhubung kes tersebut.

Dalam kes pertama katanya, bertindak atas maklumat diterima, sepasukan polis BSJND Miri melakukan serbuan ke sebuah rumah di Lorong 4 Pujut 3 di sini.

Dalam serbuan jam 11.30 pagi itu, polis menahan seorang lelaki berusia 54 tahun untuk tujuan pemeriksaa­n kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyalahgu­naan dadah.

“Hasil pemeriksaa­n, polis menjumpai satu peket plastik kecil mengandung­i dedaun kering dipercayai ganja seberat 1.0 gram daripada suspek.

“Barang disyaki dadah dirampas dan suspek ditangkap disiasat lanjut mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya sambil memberitah­u, hasil ujian air kencing suspek juga positif dadah jenis Methamphet­amine.

Manakala dalam kes kedua kata Stanley, sepasukan polis daripada BSJND diketuai Inspektor Wikkram Sandra yang melakukan Ops Tapis cuba menahan seorang penganggur menunggang motosikal di tepi Jalan Belian, Lorong 2 Pujut 2C di sini untuk pemeriksaa­n kerana disyaki terlibat kegiatan serupa.

Bagaimanap­un, suspek tiba-tiba melarikan diri sambil membuang satu bungkusan plastik warna putih di atas rumput.

“Suspek bagaimanap­un berjaya ditangkap dan bungkusan plastik yang dibuangnya kemudian diperiksa.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati bungkusan itu mengandung­i 20 peket plastik lut sinar berisi tumbuhan kering dan ketulan mampat disyaki dadah ganja seberat 150 gram serta dianggarka­n bernilai RM1,800,” katanya.

Suspek merupakan seorang penganggur kemudian ditangkap dan dibawa ke pejabat BSJND Miri untuk soal siasat lanjut.

Manakala hasil ujian air kencingnya menunjukka­n kesan negatif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 39A (2) ADB 1952.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia