Utusan Borneo (Sarawak)

Lapan individu disyaki terlibat judi siber diperintah reman

-

MIRI: Lapan individu termasuk seorang wanita ditangkap kerana disyaki terlibat kegiatan judi siber masing- masing diperintah­kan Mahkamah Majistret Miri semalam supaya direman antara sehari hingga tiga hari.

Perintah itu dikeluarka­n Majistret Zuraini Ali Musa setelah membenarka­n permohonan reman dikemukaka­n penolong pegawai penyiasat Sarjan Nageswarar­avo Subramania­m.

Dalam permohonan­nya, Nageswarar­avo berkata bertindak atas maklumat diterima pada 10 September lalu, sepasukan polis diketuai ASP Soliment Nyian melakukan serbuan ke sebuah premis di lot kedai Taman Delight di sini kerana disyaki menjalanka­n kegiataan perjudian atas talian.

Dalam serbuan jam 3.50 petang itu, polis menangkap seorang lelaki yang mengaku sebagai penjaga kaunter dan tujuh pelanggan termasuk seorang wanita.

Semasa serbuan sama, polis turut merampas satu unit komputer riba berserta satu tetikus berfungsi sebagai kawalan permainan perjudian, 13 unit komputer riba berserta tetikus untuk perjudian atas talian, satu unit jalur lebar mudah alih dan wang tunai RM860 untuk dijadikan barang kes.

Berikutan tangkapan itu, semua suspek berusia antara 30 hingga 47 tahun kemudian dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk disoal siasat lanjut.

Dalam permohonan­nya, Nageswarar­aro berkata reman selama empat hari mengikut Seksyten 117 Kanun Prosedur Jenayah ke atas kesemua suspek amat diperlukan bagi membolehka­n polis melengkapk­an kertas siasatan.

Bagaimanap­un, mahkamah hanya membenarka­n reman tiga hari ke atas suspek pertama yang berakhir pada 14 September ini manakala suspek kedua hingga kelapan direman sehari hingga 12 September.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia