Utusan Borneo (Sarawak)

Ibu bapa perlu merebut peluang pendidikan disediakan k’jaan: Ahmad Lai

-

BEKENU: Ibu bapa perlu merebut peluang pendidikan disediakan kerajaan lebihlebih lagi dengan segala kemudahan bagi meringanka­n beban pendidikan anak-anak mereka.

Ahli Parlimen Sibuti Datuk Ahmad Lai Bujang berkata kerajaan menyediaka­n pinjaman buku teks, pengecuali­an yuran pengajian sekolah, biasiswa dan pinjaman kewangan kepada pelajar institusi pengajian tinggi.

“Ibu bapa perlu membantu anak-anak menuntut ilmu dan perkara yang paling mudah dengan menggalak dan memastikan anak-anak mendapat pendidikan sempurna,” katanya pada Program Moh Ngeteh Merdeka KKLW dan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-60 Tabika KEMAS Parlimen Sibuti 2017 semalam.

Ahmad Lai berkata, ia boleh dilakukan di tahap prasekolah dan sekolah rendah iaitu ibu bapa hanya perlu bersama dengan anak-anak setiap hari semasa mereka mengulang kaji pelajaran.

“Ibu bapa perlu meluangkan masa antara dua hingga tiga jam sehari bersama anakanak mengulang kaji pelajaran agar anak-anak mereka sentiasa mendapat motivasi dan dorongan untuk cemerlang,” jelasnya.

Pada masa sama, beliau menyaranka­n ibu bapa mengawal pergerakan anak-anak bagi mengelak mereka terjebak dengan kegiatan tidak berfaedah.

“Sentiasa pantau pergerakan anak-anak bagi mengurangk­an gejala sosial yang semakin menular ke luar bandar seperti budaya lepak, lumba motor haram, najis dadah, video lucah dan sebagainya,” kata beliau.

Sementara itu, Ahmad Lai berkata rakyat Malaysia perlu mengetahui kepayahan menuntut kemerdekaa­n diharungi pejuang-pejuang zaman penjajahan.

“Semua ini perlu kita olah supaya menjadi bahan cerita menarik disampaika­n kepada anak-anak semasa di rumah atau di tabika agar mereka mengetahui erti dan nilai kemerdekaa­n,” jelasnya. Malah, kemerdekaa­n kita kecapi perlu dipelihara, dipertahan dan diisi agar rakyat terus maju dalam semua bidang, hidup dalam harmoni serta sejahtera.

“Sekiranya kita malas, cuai, lalai dan gagal mempertaha­n dan mengisi kemerdekaa­n, negara kita jatuh miskin, mundur dan mungkin dijajah semula.

“Ia bukan dalam bentuk penjajahan pemerintah­an tetapi boleh jadi dalam bentuk yang tidak nyata seperti bergantung harap dari segi ekonomi dan keselamata­n daripada negara maju,” katanya.

Sehubungan itu, anak-anak harus diasuh dan diterapkan dengan nilai-nilai murni seperti rajin berusaha, hormat menghormat­i, bertolak ansur, bersikap adil dan jujur, mencintai keamanan dan sebagainya.

Hadir sama Pegawai KEMAS Bahagian Miri Eric Gray Raymond Jos, Penolong Pengarah BTN Negeri Sarawak Yunus Taib, Pengurus FELCRA Bahagian Miri Shahriman Salim dan Pengurus GIATMARA Bekenu Saadi Idris.

 ??  ?? NGETEH: Ahmad Lai (lima kanan) bersama tetamu minum teh pada Program Moh Ngeteh Merdeka KKLW dan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-60 Tabika KEMAS Parlimen Sibuti semalam.
NGETEH: Ahmad Lai (lima kanan) bersama tetamu minum teh pada Program Moh Ngeteh Merdeka KKLW dan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-60 Tabika KEMAS Parlimen Sibuti semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia