Utusan Borneo (Sarawak)

Pemasangan paip bekalan air bersih bermula minggu ini

-

MIRI: Projek pemasangan paip menyalurka­n bekalan air bersih ke lebih 400 rumah penduduk di kawasan Tudan Desaras di sini menelan kos berjumlah RM713,380 bermula minggu ini.

Jurucakap Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JALB) berkata projek mengambil masa kira-kira tiga bulan itu dijangka siap sebelum perayaan Hari Krismas bagi membolehka­n bekalan air bersih dibekalkan ke rumah penduduk.

Kelmarin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting menyempurn­akan majlis ringkas penyerahan saluran paip dibina di laluan sepanjang 6.6 kilometer merentasi rumahrumah terbabit.

“Apabila projek pemasangan saluran paip ini siap ia memberi manfaat kepada 423 isi rumah di kawasan penempatan semula Tudan Desaras.

“Daripada jumlah itu, 281 keluarga adalah mereka yang dipindahka­n dari kawasan setinggan Kampung Api-Api manakala 71 keluarga dari Kampung Pasir dan 71 dari Kampung Merikan,” jelas beliau.

Katanya kontraktor memberi jaminan projek pemasangan paip itu siap sebelum perayaan Hari Krismas jika tiada halangan dan pemasangan­nya berjalan lancar.

Sehubungan itu, Sebastian meminta penduduk memberi kerjasama sepenuhnya memudahkan pemasangan saluran paip tersebut termasuk merobohkan beberapa bahagian binaan seperti stor atau pondok kereta di tepi jalan bagi membolehka­n kerja-kerja pemasangan dilakukan dengan lancar.

Sementara itu, kontraktor membenarka­n mereka membina semula pondok berkenaan selepas kerja-kerja pemasangan saluran paip di laluan sepanjang enam kilometer itu siap sepenuhnya. Menurut kontraktor, mereka melakukan kerja-kerja pema- sangan saluran paip utama di kawasan luar sahaja.

Manakala sambungan ke dalam rumah dilakukan Lembaga Air Kawasan Utara (LAKU) yang mengambil alih selepas projek pemasangan saluran paip utama siap.

Dalam perkembang­an berkaitan, Sebastian berkata beliau bagi pihak kerajaan negeri memohon maaf kerana kelewatan pelaksanaa­n projek itu disebabkan beberapa masalah namun sudah diselesaik­an.

“Selepas projek pemasangan bekalan air bersih ini, kita memulakan sambungan bekalan elektrik 24 jam, diikuti pemasangan pembetung melancarka­n pengairan dan mengelak parit tersumbat dan banjir.

“Seterusnya baharulah menaik taraf jalan berbatu dengan menurapnya. Kita bangunkan kemudahan ini secara berperingk­at-peringkat dan penting kerjasama penduduk di sini bagi memastikan kelancaran pembanguna­n dirancang,” katanya.

 ??  ?? BAGUS: Sebastian (barisan depan, 10 kiri) menunjukka­n tanda ‘bagus’ bersama wakil JALB dan LAKU serta penduduk Tudan Desaras di Miri semalam selepas penyerahan saluran paip utama kepada kontraktor.
BAGUS: Sebastian (barisan depan, 10 kiri) menunjukka­n tanda ‘bagus’ bersama wakil JALB dan LAKU serta penduduk Tudan Desaras di Miri semalam selepas penyerahan saluran paip utama kepada kontraktor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia