Utusan Borneo (Sarawak)

Peniaga Pasar Singgah Tamu Entingan dapat tapak niaga baharu

-

KOTA SAMARAHAN: Para peniaga Pasar Singgah Tamu Entingan di sini kini menikmati kemudahan tapak niaga baharu yang lebih selesa dan tidak sesak.

Majli perasmian disempurna­kan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang Datuk Idris Buang di tapak baharu Pasar Singgah Tamu Entingan, Jalan Meranek di sini kelmarin.

“Sebelum ini peniaga terpaksa bersesak di tapak lama dan sekarang dengan adanya kemudahan yang lebih baik maka bolehlah mereka mencari rezeki dengan lebih selesa dan pengunjung pun diharap akan lebih ramai lagi,” katanya pada majlis itu.

Idris memberitah­u bahawa seban- yak RM10,000 telah diperuntuk­kan bagi tujuan penambahba­ikan pasar itu.

Pasar Singgah Tamu Entingan baharu itu merupakan inspirasi ADUN Muara Tuang untuk menjadikan kawasan itu sebagai antara tempat menjana ekonomi masyarakat.

Sehubungan itu, beliau menasihati peniaga di situ bersama-sama menjaga kebersihan agar kawasan tersebut sentiasa bersih untuk dikunjungi.

“Terdapat 34 gerai di pasar ini dan kita akan mengemukak­an usul kepada kerajaan negeri agar Pasar Singgah Tamu Entingan ini bukan hanya sekadar berkanopi sebaliknya memiliki pasar tamu berbumbung sekali gus menjadi pasar kekal sekiranya diluluskan,” tambahnya.

Selain itu, beliau menyaranka­n agar peniaga Pasar Singgah Tamu Entingan menubuhkan satu koperasi yang berperanan membantu peniaga mendapat bekalan secara langsung dan tidak lagi melalui orang tengah seperti dahulu.

Pada majlis itu, Idris turut menyampaik­an sumbangan kanopi kepada setiap peniaga sebagai tanda sokonganny­a terhadap golongan penjaja di kawasan tersebut.

Hadir sama isteri Idris, Datin Kasma Buang, Pegawai Daerah Samarahan Mohd Ainnie Wahab dan tetamu kehormat lain. hari lagi

 ??  ??
 ??  ?? RASMI: Idris ditemani Kasma (dua kiri) memotong reben sebagai simbolik perasmian Pasar Singgah Tamu Entingan, Jalan Meranek.
RASMI: Idris ditemani Kasma (dua kiri) memotong reben sebagai simbolik perasmian Pasar Singgah Tamu Entingan, Jalan Meranek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia