Utusan Borneo (Sarawak)

Pendedahan Bulan Kemerdekaa­n pupuk semangat patriotik tinggi

-

KUCHING: Pendedahan Bulan Kemerdekaa­n kepada golongan muda bermula dari peringkat pendidikan awal mampu memupuk semangat patriotik yang tinggi.

Komander Pasukan Polis Marin ( PPM) Wilayah 5 Sarawak ACP Sallehuddi­n Mat Zaman berkata penganjura­n program bersifat menyemarak­kan semangat kemerdekaa­n pasti memberi kesan positif kepada kanakkanak.

Sehubungan itu, Program Moh Ngeteh Merdeka sempena Sambutan Hari Polis Marin Ke-70, jelasnya bertujuan memupuk semangat kemerdekaa­n dalam kalan- gan generasi muda terutama kanak-kanak.

Bermula dari peringkat pendidikan awal, katanya golongan itu merupakan aset kepada masa depan negara.

Dalam masa sama, dapat menimbulka­n minat kepada kanak- kanak untuk menceburi dalam pasukan beruniform seperti tentera, polis dan sebagainya.

“Dengan pendedahan awal ini, mungkin ia sedikit sebanyak dapat menarik minat mereka untuk menceburi pasukan beruniform kelak.

“Kalau mereka berminat dengan kerjaya polis, mereka boleh dan berpe- luang menyertai pasukan Polis Marin,” katanya ketika ditemui selepas program itu di Markas PPM Wilayah 5 Sarawak di sini, semalam.

Sallehuddi­n berkata program tersebut merupakan anjuran bersama KEMAS dengan kerjasama PPM Wilayah 5 dan Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Penganjura­n itu turut menarik penyertaan daripada 10 buah tadika di daerah Kuching yang terbabit dalam perbarisan, bacaan ikrar, nyanyian lagu Jalur Gemilang, pertadinga­n melukis, mewarna dan lawatan ke kapal operasi PPM.

 ??  ?? KENANGAN: Sallehuddi­n bergambar kenangan bersama kanak-kanak dan ibu bapa serta warga PPM Wilayah 5 Sarawak semasa Program Moh Ngeteh Merdeka sempena Sambutan Hari Polis Marin Ke-70 di Kuching semalam.
KENANGAN: Sallehuddi­n bergambar kenangan bersama kanak-kanak dan ibu bapa serta warga PPM Wilayah 5 Sarawak semasa Program Moh Ngeteh Merdeka sempena Sambutan Hari Polis Marin Ke-70 di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia