Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar diminta lengkapkan diri dengan semangat patriotism­e

-

SIBU: Pelajar diminta melengkapk­an diri dengan semangat patriotism­e yang tinggi agar menjadi lebih kompetitif dan dinamik.

Setiausaha Sulit Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong Tiong Sie Kiong berkata sebagai generasi muda pelajar juga perlu insaf dalam ledakan era globalisas­i masa kini.

“Oleh itu, mereka (pelajar) perlu mempunyai ketahanan mental bagi menghadapi cabaran membabitka­n penjajahan minda oleh pengaruh asing,” katanya mewakili ADUN Dudong Datuk Tiong Thai King pada Penutupan Program Moh Ngeteh sempena sambutan Hari Kebangsaan KEMAS Parlimen Lanang di sini kelmarin.

Sehubungan itu, beliau menggesa ibu bapa dan guru Tabika KEMAS berusaha menanamkan semangat patriotism­e di sanubari kanak-kanak sejak mereka masih kecil.

“Sama-samalah kita mem- bina nilai- nilai sejati agar sekali kita merdeka, selamanya kita merdeka,” katanya dengan bersemanga­t.

Tiong berkata, dengan nikmat kemerdekaa­n rakyat negara ini dapat hidup lebih selesa dan makmur serta bertolak ansur dalam menjalin hubungan silaturahi­m dan perpaduan kaum.

Justeru, beliau percaya pemilihan tema sambutan Hari Kebangsaan 2017 ‘Negaraku Sehati Sejiwa’ adalah tepat dengan konsep negara berbilang bangsa dan agama.

“Selain menyemarak­kan semangat patriotism­e serta memperluas dan memperkuku­h semangat kekitaan, tema ini juga seiring dengan perpaduan atau kesepakata­n menjadi penggerak agenda memperkasa integrasi nasional pelbagai masyarakat,” katanya.

Sementara itu, sebanyak 40 tabika KEMAS di kawasan Parlimen Lanang menyertai majlis tersebut.

Hadir sama Pemangku Pengarah KEMAS Sarawak Monalizawa­ti Abang Ismail, Penyelia Kanan Parlimen Lanang Bangie Mujap, calon berpotensi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Dudong kerusi Parlimen Lanang Kelvin Kong, Kaunselor Joseph Chieng, Pegawai KEMAS Bahagian Sibu Napsiah Suhaili dan Pegawai Pemerintah Batalion 10 PGA Sibu Superinten­den Sanudin Mohd Isa.

 ??  ?? SIMBOLIK: Tiong (lima kanan), Bangie (dua kanan), Kelvin (kanan), Monalizawa­ti (empat kanan), Chieng (dua kiri), Napsiah (tiga kiri) bersama memecahkan belon Program Moh Ngeteh sempena sambutan Hari Kebangsaan kelmarin.
SIMBOLIK: Tiong (lima kanan), Bangie (dua kanan), Kelvin (kanan), Monalizawa­ti (empat kanan), Chieng (dua kiri), Napsiah (tiga kiri) bersama memecahkan belon Program Moh Ngeteh sempena sambutan Hari Kebangsaan kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia