Utusan Borneo (Sarawak)

Program meriahkan Bulan Kemerdekaa­n perlu disesuaika­n dengan peredaran masa

-

LUNDU: Pelbagai program dianjurkan bagi memeriahka­n sambutan Bulan Kemerdekaa­n di seluruh negara dan ia perlu disesuaika­n dengan peredaran masa dan zaman, kata Pegawai Penerangan Daerah Lundu Sariddin Kederi.

Menurutnya, Hari Kemerdekaa­n disambut dengan pelbagai cara namun pengisiann­ya perlu selari dengan peredaran zaman dan beriltizam untuk cintakan tanah air serta mempertaha­nkan kedaulatan negara kita.

“Walaupun program ini melibatkan pelbagai bangsa namun di hati kita tetap tersimpan kesetiaan kita terhadap tanah air yang kita cintai, malah dengan bersatu kita akan lebih teguh dan memupuk semangat patriotism­e di kalangan kita,” katanya pada Program Larian Merdeka@ Komuniti Peringkat Daerah Lundu di Waterfront Sematan dekat sini, kelmarin.

Beliau turut menyeru agar masyarakat melibatkan diri dalam apa jua program kemerdekaa­n, tidak kira kecil atau besar dan tidak kira juga penganjura­n tersebut datangnya daripada jabatan atau agensi kerajaan, mahupun swasta.

Menurutnya, program tersebut mempunyai makna yang sangat besar untuk sama-sama memperinga­ti hari negara kita bebas daripada penjajahan.

Program Merdeka@Komuniti merupakan program anjuran Jabatan Penerangan Malaysia yang diadakan setiap tahun pada bulan Ogos sehingga sambutan Hari Malaysia pada 16 September.

Lebih 300 peserta terdiri daripada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Sentosa Sematan, ahli Persatuan Chung Hua Sematan, ahli Komuniti 1Malaysia Pekan Sematan, Kampung Tanah Hitam dan Kampung Serayan Hulu serta masyarakat setempat menyertai program berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia