Utusan Borneo (Sarawak)

3,000 orang disasar menjana pendapatan tinggi

Dilaksana menerusi Program Digital Kenyalang yang dilancar 14 Sept di Pusat Konvensyen Penview

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Seramai 3,000 orang daripada golongan berpendapa­tan rendah di negeri ini disasarkan untuk menjana pendapatan tinggi menerusi pelaksanaa­n Program Digital Kenyalang yang akan dilancar pada 14 September ini di Pusat Konvensyen Penview (PCC) di sini.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata selepas dilancarka­n secara rasmi oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg, program berkenaan akan mula dijalankan di enam bahagian negeri ini.

Katanya bahagian-bahagian terlibat ialah Kuching, Samarahan, Sri Aman, Sibu, Miri dan Limbang.

“Kami menyasarka­n seramai 500 peserta bagi setiap bahagian, dengan harapan untuk membantu mereka mencapai pendapatan tinggi menerusi aktiviti keusahawan­an.

“Ini sejajar dengan hasrat kerajaan negeri untuk mengurangk­an kadar kemiskinan menerusi ekonomi digital,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis Perasmian Program Digital Kenyalang di PCC, semalam.

Menurut Fatimah, penganjura­n Program Digital Kenyalang adalah melibatkan kerjasama kerajaan negeri dan

Kami menyasarka­n seramai 500 peserta bagi setiap bahagian, dengan harapan untuk membantu mereka mencapai pendapatan tinggi menerusi aktiviti keusahawan­an. Dato Sri Fatimah Abdullah Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

Malaysia Digital Economy Coorporati­on (MDEC).

Justeru, katanya sempena majlis pelancaran yang dijangka dihadiri lebih 1,000 usahawan dan bakal usahawan tempatan, program yang julung kali diadakan itu diharap akan dapat memberi impak yang tinggi dalam meningkatk­an pendapatan khususnya para peserta.

“Melalui penyertaan dalam program ini, para peserta akan didedahkan dengan kemahiran membuat iklan melalui laman sosial seperti Facebook dan Instagram,” katanya.

Selain itu, beliau berkata majlis pelancaran kelak juga akan menyaksika­n perkong- sian kisah kejayaan usahawan tempatan kepada para peserta serta pembukaan 10 gerai pameran usahawan tempatan yang berjaya.

Dalam pada itu, Fatimah berkata terdapat seramai 13,118 usahawan mikro di Sarawak setakat ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Wanita dan Keluarga Noriah Ahmad.

 ??  ?? JANA PENDAPATAN: Fatimah (tengah) bercakap pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis Perasmian Program Digital Kenyalang di PCC semalam. Turut kelihatan Noriah.
JANA PENDAPATAN: Fatimah (tengah) bercakap pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis Perasmian Program Digital Kenyalang di PCC semalam. Turut kelihatan Noriah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia