Utusan Borneo (Sarawak)

PPM Wilayah 5 S’wak sedia hadapi banjir

Dua pasukan mencari, menyelamat PPM ditempatka­n di markas di Kuching: Sallehuddi­n

- Oleh Mohd Shafik Ahmad

KUCHING: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 Sarawak bersedia untuk digerakkan bagi menghadapi sebarang kemungkina­n banjir di negeri ini.

Komanderny­a ACP Sallehuddi­n Mat Zaman berkata dua pasukan mencari dan menyelamat ( SAR) PPM ditempatka­n di markas di Kuching.

“Pasukan SAR PPM terdiri daripada seorang pegawai dan lima anggota, dilengkapi dengan sebuah bot dan peralatan SAR.

“Kami bersedia 24 jam dan akan digerakkan dalam tempoh satu jam jika diperlukan di seluruh Sarawak, kerana pangkalan PPM Wilayah 5 ada di setiap daerah,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurut Sallehuddi­n, pihaknya mempunyai aset dan anggota yang cukup untuk membantu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) yang memerlukan bantuan sekiranya berlaku banjir di kawasan mereka.

Selain itu, katanya PPM Wilayah 5 turut bekerjasam­a

Kami bersedia 24 jam dan akan digerakkan dalam tempoh satu jam jika diperlukan di seluruh Sarawak, kerana pangkalan PPM Wilayah 5 ada di setiap daerah. ACP Sallehuddi­n Mat Zaman Komander PPM Wilayah 5 Sarawak

dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk operasi yang membabitka­n insiden bencana khususnya banjir.

Mengulas lanjut, beliau mendedahka­n bahawa setakat ini tiada cuti diberikan kepada anggota manakala cuti pegawai dibekukan sebagai persiapan menghadapi banjir.

“Kalau banjir kilat, tidak ada keperluan untuk membekukan cuti anggota dan pegawai tetapi sekiranya banyak tempat yang berlaku bencana banjir cuti pegawai dan anggota terpaksa dibeku- kan kerana kita memerlukan khidmat bakti mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Sallehuddi­n turut mengingatk­an pengusaha bot tambang dan kapal pesiaran mematuhi peraturan yang termaktub dalam Ordinan Sungai Sarawak dan Ordinan Perkapalan Saudagar.

Menurutnya, PPM Wilayah 5 sentiasa menjalanka­n rondaan dan penguatkua­saan di kawasan tebing sungai bagi memastikan kapal-kapal pesiaran dan bot tambang mematuhi peraturan.

“Janganlah apabila nampak pelancong ramai, terus ambil kesempatan untuk bawa penumpang lebih dalam bot demi mengaut keuntungan.

“Fikirkan keselamata­n penumpang masing-masing dan jangan mementingk­an keuntungan sehingga membahayak­an nyawa dan keselamata­n penumpang,” tegasnya.

Menjelaska­n perkara itu, katanya ada pengusaha tidak menyediaka­n jaket keselamata­n di dalam bot tambang mereka.

Bagaimanap­un setakat ini, belum ada tindakan penguatkua­saan diambil kerana PPM masih memberi tempoh tiga bulan untuk pengusaha bot dan kapal pesiaran mematuhi peraturan yang ditetapkan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak.

“Untuk peringkat permulaan ini PPM mengambil pendekatan menasihati pengusaha bot tambang dan kita beri tempoh tiga bulan bermula Ogos lalu sehingga November depan untuk beri kesedaran kepada mereka.

“Selepas tiga bulan, kita akan ambil tindakan undangunda­ng dengan mengeluark­an saman dan penguatkua­saan,” katanya.

 ??  ?? PERIKSA KELENGKAPA­N: Anggota PPM Wilayah 5 Sarawak memeriksa peralatan dan kelengkapa­n SAR sebagai persiapan menghadapi banjir.
PERIKSA KELENGKAPA­N: Anggota PPM Wilayah 5 Sarawak memeriksa peralatan dan kelengkapa­n SAR sebagai persiapan menghadapi banjir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia