Utusan Borneo (Sarawak)

RS1 mengadakan jelajah ke rumah-rumah panjang

-

SIBU: Pasukan Rancangan Sibu 1 (RS1) mengadakan jelajah ke rumah- rumah panjang di kawasan Salim Belalang, Nanga Salim dan Bukit Penyau, kelmarin.

Rata- rata penduduk di sini berminat dengan agenda dirancang dalam RS1 kali ini.

Mereka mempunyai pandangan tepat bahawa apa yang dibawa Parti Rakyat Bersatu (UPP) melalui RS1 ini seharusnya dicontohi sesiapa sahaja yang ingin menjadi wakil rakyat.

Ini kerana, menurut mereka perancanga­n seperti ini adalah sangat baik dan menampakka­n visi jelas daripada calon UPP tentang agenda pembanguna­n bakal dilaksanak­an.

Calon boleh menang UPP bagi kerusi Parlimen Lanang Andrew Ting dimaklumka­n oleh tuai-tuai rumah di kawasan tersebut supaya terus berusaha untuk rakyat.

Mereka menyokong penuh calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke- 14 ( PRU14) akan datang.

 ??  ?? UNTUK RAKYAT: Ting (empat kanan) menyampaik­an risalah RS1 kepada Tuai Rumah Joseph Jugah semasa berkunjung ke Nanga Salim di Sibu, kelmarin.
UNTUK RAKYAT: Ting (empat kanan) menyampaik­an risalah RS1 kepada Tuai Rumah Joseph Jugah semasa berkunjung ke Nanga Salim di Sibu, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia