Utusan Borneo (Sarawak)

PBMS sokong usaha kerajaan desak AS campur tangan isu Rohingya

-

MIRI: Persatuan Perniaga Bumiputera Sarawak (PBMS) menyokong penuh usaha kerajaan Malaysia menuntut campur tangan Amerika Syarikat (AS) dalam isu perlarian Rohingya.

Timbalan Presiden PBMS Talhan Mansor berkata Kerajaan Malaysia menerusi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka berbincang dengan Presiden Donald Trump mengenai isu Rohingya.

“Sudah pasti kita rakyat Malaysia menyokong usaha kerajaan mahu kuasa besar seperti Amerika Syarikat campur tangan dan menghentik­an peperangan melibatkan puak militan dan tentera Myanmar,” katanya di sini kelmarin.

Menurutnya, peperangan tersebut menyebabka­n Muslim Rohingya meninggalk­an Myanmar sejak pertempura­n meletus Oktober lalu.

“Kita berasa amat simpati dengan Muslim Rohingya yang tertindas dan terkesan dalam pertempura­n itu, sehubungan itu kita berharap Malaysia membantu pelarian Rohingya yang kini berada di Bangladesh,” katanya.

Menurutnya, isu Rohingya mendapat perhatian bukan sahaja negara luar tetapi juga Kerajaan Malaysia teru- tama rakyat Sarawak yang turut bersimpati dengan nasib mereka.

“Kita amat berharap tindakan kejam membunuh rakyat Rohingya termasuk wanita dan kanak- kanak dihentikan serta-merta dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memainkan peranan,” katanya.

Talhah turut mencadangk­an agar Dana Kemanusiaa­n Rohingya diwujudkan di setiap masjid dan surau di seluruh negeri bagi membantu golongan yang tertindas.

“Semua sumbangan derma terutama semasa solat Jumaat boleh disalurkan kepada Majlis Islam Sarawak (MIS) untuk diserahkan semula kepada pihak yang berkaitan,” jelasnya.

 ??  ?? TALHAN MANSOR
TALHAN MANSOR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia