Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga mangsa cedera diserang sekumpulan lelaki

-

KUCHING: Tiga lelaki cedera dipercayai akibat diserang sekumpulan lelaki tidak dikenali dalam tiga kejadian berasingan di Padang Merdeka dan Batu Kawa kelmarin (Ahad).

Menurut sumber, seorang warga emas berusia 60 tahun terpaksa dikejarkan ke hospital bagi mendapatka­n rawatan lanjut selepas didakwa diserang individu tidak dikenali berhampira­n Padang Merdeka kira-kira jam 11 malam.

Sementara itu, di MJC Batu Kawa, seorang lelaki ditemui dalam keadaan cedera dipercayai selepas diserang sekumpulan lelaki.

Bagaimanap­un tiada kad pengenalan ditemui pada mangsa ketika diperiksa pihak polis yang berada di lokasi kejadian sebelum dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, di lokasi sama, pihak polis Batu Kawa menerima panggilan daripada seorang lelaki yang mendakwa dirinya diserang sekumpulan individu.

Dalam insiden kira-kira jam 12 malam itu, mangsa dikatakan sedang minum di Pesta Ria di MJC sebelum didatang sekumpulan lelaki lalu bertindak menyerangn­ya.

Mangsa berusia 25 tahun itu kemudian dihantar ke hospital oleh pihak ambulans yang tiba di tempat kejadian.

Menurut sumber, punca serangan tidak diketahui.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia