Utusan Borneo (Sarawak)

UPSR diteruskan sehingga tiba masa sesuai

Kajian untuk mengenal pasti sistem yang sesuai untuk gantikan UPSR masih dijalankan

-

KOTAKINABA­LU: Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan diteruskan sehingga tiba masa yang sesuai untuk ia digantikan dengan sistem lain.

Beliau berkata kajian untuk mengenal pasti sistem yang sesuai masih dijalankan yang melibatkan pelbagai pihak berkepenti­ngan termasuk ibu bapa.

“UPSR akan diteruskan sehingga kita selesai (berbincang dengan semua pihak). Urusan ini panjang (mengambil masa yang lama). Urusan dengan ibu bapa, profesiona­l, kesatuan, ahli akademik, semua sekali perlu duduk bersama.

“Bukan mudah kalau hendak buat sesuatu yang luar biasa ini (menukar UPSR). Jadi UPSR akan berjalan dulu sehinggala­h (tiba) masa yang sesuai kita tukar,” katanya kepada pemberita.

Beliau melawat Sekolah Kebangsaan Sri Gaya di sini bagi meninjau perjalanan UPSR yang bermula di seluruh negara semalam.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementeria­n Pendidikan, Datuk Seri Alias Ahmad, Ketua Pengarah

Bukan mudah kalau hendak buat sesuatu yang luar biasa ini (menukar UPSR). Jadi UPSR akan berjalan dulu sehinggala­h (tiba) masa yang sesuai kita tukar. Datuk Seri Mahdzir Khalid Menteri Pendidikan

Jabatan Pendidikan, Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof dan Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Maimunah Suhaibul.

Seramai 443,794 calon UPSR di seluruh negara termasuk kira-kira 44,000 di Sabah menduduki peperiksaa­n itu yang daripada jumlah berkenaan seramai 433,536 murid merupakan calon sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan manakala selebihnya adalah calon sekolah swasta.

Sementara itu Mahdzir berkata laporan pencapaian murid tahun enam bagi tahun ini akan dibuat secara holistik merangkumi bukan sahaja aspek akademik atau keputusan UPSR, tetapi juga aspek kokurikulu­m, sahsiah diri, sukan dan sebagainya di bawah Pentaksira­n Beras- askan Sekolah.

“Jadi markah bagi seseorang pelajar itu bukan sahaja dalam akademik. Kita hendak lihat pencapaian pelajar itu secara holistik. Sebab itulah guru kena bagi (markah) di sekolah,” katanya.

Menurutnya, pentaksira­n berkenaan adalah untuk faedah pelajar sendiri apabila mereka melanjutka­n pelajaran ke peringkat lebih tinggi kelak.

Di Negeri Sembilan, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Chong Sin Woon berkata 16,609 calon di negeri itu turut merangkumi 10 orang yang menduduki peperiksaa­n di hospital dan 13 calon berkeperlu­an khas seperti rabun, kurang upaya pelbagai serta mempunyai masalah pembelajar­an dan pendengara­n.

“Calon berkeperlu­an khas diberi masa tambahan 30 minit hingga satu jam mengikut kertas yang diduduki,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kampung Bharu Broga, Lenggeng.

Di Selangor, Pengarah Pendidikan Negeri, Mohd Salleh Mohd Kassim berkata sebagai langkah berjaga-jaga bagi menghadapi kemungkina­n banjir, sekolah yang terlibat dengan UPSR diminta menempatka­n pusat peperiksaa­n di tempat lebih tinggi.

“Semua sekolah terutama yang berisiko banjir telah diarah menempatka­n pusat peperiksaa­n sekurang- kurangnya di tingkat satu ( sekolah) sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya.

Di Pulau Pinang, Pengarah Pendidikan Negeri, Shaari Osman berkata pihaknya memantau keadaan banjir yang berlaku di Jawi (Seberang Perai Selatan) dan setakat ini tiada calon terjejas. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TINJAU: Mahdzir diiringi Maimunah ketika meninjau murid yang menduduki peperiksaa­n Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Kebangsaan Sri Gaya, Kota Kinabalu semalam.
— Gambar Bernama TINJAU: Mahdzir diiringi Maimunah ketika meninjau murid yang menduduki peperiksaa­n Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Kebangsaan Sri Gaya, Kota Kinabalu semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? TIBA: Zahid (empat kiri) hadir pada sesi Dialog Perdana Industri Halal di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Putrajaya semalam. Turut kelihatan Ahmad Maslan (tiga kanan).
— Gambar Bernama TIBA: Zahid (empat kiri) hadir pada sesi Dialog Perdana Industri Halal di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Putrajaya semalam. Turut kelihatan Ahmad Maslan (tiga kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia