Utusan Borneo (Sarawak)

UMP sangkal dakwaan universiti M’sia gagal lahirkan siswazah berinovasi

-

KUANTAN: Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP) Profesor Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim kesal dengan kenyataan Profesor Dwight H Perkins dari Harvard University bahawa universiti Malaysia gagal melahirkan siswazah yang berkeupaya­an memandu bidang inovasi dan penyelidik­an.

Beliau menyifatka­n Dwight membuat kenyataan itu tanpa mendapatka­n maklumat dan data rujukan yang tepat berkaitan pencapaian universiti-universiti negara ini ketika membuat pembentang­an pada Seminar Ekonomi bertajuk ‘Policy Imperative­s to Drive Future Growth’ anjuran Jeffrey Cheah Institute-Malaysian Economic Associatio­n (JCI-MEA) di Kuala Lumpur baru-baru ini.

“Kenyataan beliau yang mengaitkan kegagalan itu berpunca daripada masalah universiti itu sendiri apabila pelantikan presiden, rektor mahupun naib canselor universiti dipilih oleh kerajaan, jelas menunjukka­n beliau langsung tidak mengetahui proses yang digunakan dalam pelantikan berkenaan.

“Malah, beliau juga tidak memahami bahawa ketua eksekutif sesebuah universiti di Malaysia dan beberapa negara lain tidak berdiri dengan sendiri sebaliknya disokong dengan pasukan tadbir urus yang mantap, berintegri­ti dan berkesan.

“Dalam konteks ini, pentadbira­n universiti adalah berbeza-beza antara negara namun, seimbang dalam banyak perkara termasuk dalam soal senat universiti, lembaga pengarah universiti dan jawatankua­sa tertentu untuk memastikan perkembang­an akademik, penyelidik­an dan kewangan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Selain itu, katanya dakwaan Dwight yang mengaitkan kelemahan universiti di negara ini akibat campur tangan politik juga tidak berasas kerana universiti di Malaysia mengamalka­n sistem merit bagi pengambila­n pelajar.

“Peluang untuk mendapat pembiayaan seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terbuka luas hampir kepada semua pelajar manakala bagi pen- gambilan pensyarah di universiti, ia juga berdasarka­n merit dan kelulusan yang mereka ada sama ada melibatkan tenaga pengajar tempatan ataupun antarabang­sa,” jelas beliau.

Daing Nasir berkata, keupayaan universiti-universiti Malaysia dalam penyelidik­an terbukti dari segi bilangan mahupun kualiti dokumentas­i yang dihasilkan malah, kerjasama penyelidik­an dengan hampir 180 negara menghasilk­an impak yang besar dari segi pertambaha­n penerbitan artikel ilmiah.

Selain itu, laporan kajian oleh World Economic Forum juga mengiktira­f Malaysia berada di tangga ke-25 Indeks Daya Saing (GCI) dalam Global Competitiv­eness Report (GCR), katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia