Utusan Borneo (Sarawak)

Pengurusan hadapi bencana keutamaan M’sia

-

PUTRAJAYA: Pengurusan dan persediaan menghadapi bencana kekal sebagai keutamaan Malaysia yang menyaksika­n kerajaan meningkatk­an keupayaan mencari dan menyelamat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Selain itu katanya, kerajaan juga meningkatk­an keupayaan menangani isu-isu keselamata­n awam terutama semasa bencana besar.

“Ini sangat penting memandangk­an negara-negara ASEAN mempamerka­n ke- satuan perkumpula­n dengan bekerja sebagai satu pasukan bersama-sama Pusat Penyelaras­an ASEAN bagi Bantuan Kemanusiaa­n mengenai Pengurusan Bencana, memainkan peranannya dalam menyelaras usaha- usaha kemanusiaa­n dengan pantas dan cekap.

“Ini menunjukka­n kekuatan kolektif ASEAN apabila bertindak balas terhadap bencana. Saya harap kerjasama sedemikian boleh dipanjangk­an ke rantau lain,” katanya dalam ucapan alu-aluan di Mesyuarat Kumpulan Penasihat Mencari dan Menyelamat Antarabang­sa (INSARAG) Rantau Asia Pasifik, di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara ( NADMA) Datuk Abdul Rashid Harun.

Shahidan berkata Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) aktif terlibat dalam misi bantuan kemanusiaa­n di seluruh dunia seperti China, Pakistan Filipina, Indonesia dan Nepal.

Disebabkan itu katanya Malaysia ditawarkan untuk mempengeru­sikan INSARAG Rantau Asia Pasifik 2017 serta bersetuju menjadi tuan rumah Latihan Tindak Balas Gempa Bumi Insarag Rantau Asia Pasifik 2017 yang bermula semalam hingga Rabu, bersempena mesyuarat tersebut.

Latihan melibatkan 400 peserta dari 32 negara sekitar ASEAN dan Asia Pasifik.

Dalam satu kenyataan di sini, NADMA berkata latihan itu merupakan satu ruang untuk berkongsi pengalaman serta bertukar- tukar idea dalam perkhidmat­an kecemasan dan keselamata­n awam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia