Utusan Borneo (Sarawak)

Pantun antara tiga seni budaya diangkat ke UNESCO

-

KOTA KINABALU: Pantun merupakan antara tiga seni budaya masyarakat setempat yang telah diangkat sebagai Warisan Kebudayaan Tidak Ketara ke Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) untuk diiktiraf sebagai warisan dunia.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid yang juga Presiden Suruhanjay­a Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) berkata dua lagi seni budaya yang telah diangkat bagi pengiktira­fan UNESCO ialah Dondang Sayang dan Pesta Wangkang.

Menurutnya, pencalonan bagi pantun dibuat secara bersama dengan kerajaan Indonesia.

“Pencalonan telah dihantar pada 31 Mac lepas ke UNESCO. Sekarang kami (SKUM) masih menunggu pihak jawatankua­sa penilaian UNESCO untuk bertemu dengan kami berhubung perkara itu,” katanya kepada pemberita selepas mempengeru­sikan Mesyuarat SKUM ke-39 di sini semalam.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementeria­n Pendidikan Datuk Seri Alias Ahmad selaku Naib Presiden SKUM. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia