Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Annuar mendoakan kejayaan murid SK Abang Ali

-

SIBU: Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapa’ee mendoakan kejayaan semua murid tahun enam khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka yang menduduki peperiksaa­n Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ( UPSR) bermula semalam.

“Selamat menjalani peperiksaa­n kepada semua murid tahun enam di kawasan DUN Nangka, semoga sokongan ibu bapa menjadi perangsang kepada muridmurid mendapat kejayaan dalam peperiksaa­n UPSR tahun ini,” katanya ketika ditemui selepas menyampaik­an kata-kata semangat kepada 122 calon UPSR di Sekolah Kebangsaan ( SK) Abang Ali di sini semalam.

Hadir sama Guru Besar SK Abang Ali Hamdi Najdi, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Abang Ali Datuk Mohamad Yusnar Matalie, bekas Guru Besar SK Abang Ali Mahmud Ahad serta ibu bapa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka itu turut menasihati ibu bapa supaya memastikan anakanak mereka fokus sepanjang empat hari peperiksaa­n tersebut.

“Kita memerlukan ibu bapa memberi perhatian khusus kepada anak- anak mereka sepanjang tempoh peperiksaa­n.

“Pastikan anak-anak tidur awal sebelum peperiksaa­n,” katanya.

Sementara itu, Aida Hairiri, 40, turut mendoakan kejayaan anaknya yang menduduki peperiksaa­n UPSR di SK Abang Ali di sini, semalam.

Ditanya mengenai persiapan anaknya sebelum peperiksaa­n, Aida berkata pihak sekolah dan Dr Annuar mengadakan pelbagai program di sekolah tersebut dalam usaha membantu murid menghadapi peperiksaa­n UPSR.

“Antaranya, kelas tambahan dan pelbagai program motivasi, justeru semua usaha ini diharap dapat membantu anak-anak kami menduduki peperiksaa­n dengan jaya,” kata Aida.

 ??  ?? SELAMAT MAJU JAYA: Murid-murid SK Abang Ali bersalaman dengan (dari kiri) Hamdi, Dr Annuar, Yusnar dan Mahmud sebelum memasuki dewan peperiksaa­n UPSR semalam.
SELAMAT MAJU JAYA: Murid-murid SK Abang Ali bersalaman dengan (dari kiri) Hamdi, Dr Annuar, Yusnar dan Mahmud sebelum memasuki dewan peperiksaa­n UPSR semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia