Utusan Borneo (Sarawak)

Penasihat percutian dituduh bunuh eksekutif pemasaran

-

JOHOR BAHRU: Seorang penasihat percutian dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan membunuh seorang eksekutif pemasaran, di sebuah hotel, di sini, awal bulan ini.

Badril Hisham Abu Mansor, 40, dituduh melakukan pembunuhan dengan menyebabka­n kematian Tan Chai Soon, 46, di tingkat 6, Hotel Berjaya Waterfront, di Stulang Laut, di sini, pada 1.15 pagi, 3 Sept lepas.

Tertuduh yang berkemeja hitam mengangguk memahami pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias, namun, tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Mohd Nasir manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Rosal Azimin Ahmad.

Mahkamah menetapkan 12 Okt depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia dan bedah siasat. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KEMALANGAN: Hamzah Selamat,40, dan ibunya Mokminah Kasdini, 80, terbunuh manakala isteri dan anaknya pula cedera parah selepas kereta Proton Wira yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentang­an di KM165 Jalan Johor Bahru-Seremban...
— Gambar Bernama KEMALANGAN: Hamzah Selamat,40, dan ibunya Mokminah Kasdini, 80, terbunuh manakala isteri dan anaknya pula cedera parah selepas kereta Proton Wira yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentang­an di KM165 Jalan Johor Bahru-Seremban...
 ?? — Gambar Bernama ?? TERTUDUH: Badril Hisham Abu Mansor, 40, (tengah) dihadapkan ke Mahkamah Majistret semalam, atas pertuduhan membunuh seorang eksekutif pemasaran Tan Chai Soon, 46, di sebuah hotel di Stulang Laut pada 3 Sept lepas.
— Gambar Bernama TERTUDUH: Badril Hisham Abu Mansor, 40, (tengah) dihadapkan ke Mahkamah Majistret semalam, atas pertuduhan membunuh seorang eksekutif pemasaran Tan Chai Soon, 46, di sebuah hotel di Stulang Laut pada 3 Sept lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia