Utusan Borneo (Sarawak)

Bomba masih siasat punca kebakaran pasar besar Seremban

-

SEREMBAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan masih menjalanka­n siasatan akan punca kebakaran tingkat atas bangunan Pasar Besar Seremban, kata Pengarahny­a Norazam Khamis.

Beliau berkata semalam lima pegawai forensik serta tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Seremban ke lokasi bagi menjalanka­n siasatan lanjut.

“Semalam (kelmarin) kita sudah memanggil unit K9 (Unit Anjing Pengesan) Bomba untuk mengenal pasti bahan- bahan yang boleh dijadikan sampel untuk membantu siasatan. Unit tersebut telah menjalanka­n operasi selama empat jam,” katanya kepada pemberita ditemui di lokasi kejadian di sini, semalam.

Sampel terbabit telah dihantar ke makmal untuk dianalisis, katanya.

Kebakaran pada jam 7.30 malam Sabtu lepas itu melibatkan hampir sebahagian daripada 197 kedai termasuk 99 kedai makan.

Pasar berusia 38 tahun itu merupakan ikon bandar Seremban. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia