Utusan Borneo (Sarawak)

Guru korban tenaga demi calon UPSR Orang Asli

Bermalam selama beberapa hari di sekolah adakan tuisyen

-

TAPAH: Demi memastikan anak murid lulus Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), guru-guru di sebuah sekolah pedalaman di perkampung­an Orang Asli dekat sini sanggup berkorban masa dan tenaga mengadakan kelas tuisyen sehingga malam.

Ini kerana di sini, kita harus mengajar ikut aras kemampuan murid-murid itu sendiri, bijak tarik minat mereka dan tidak bolehlah ikut sukatan sematamata. Nanti silapsilap haribulan mereka lari balik ke rumah. Azman Abdul Manaf Guru besar SK Pos Musoh LZ

Inisiatif yang dilakukan sejak 2014 itu digalas 12 guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Musoh LZ (Landing Zone) dekat sini, yang dikelolaka­n guru besarnya Azman Abdul Manaf bagi memudahkan tujuh calon UPSR 2017 dari sekolahnya menjawab kertas peperiksaa­n.

SK Pos Musoh LZ mempunyai 52 murid Orang Asli dan jarak antara sekolah itu dengan Pekan Tapah adalah kira-kira 40 kilometer sehala iaitu para guru mahupun penduduk tempatan terpaksa melalui lereng-lereng gunung yang sempit dan jurang dalam serta hanya muat untuk satu kenderaan pacuan empat roda melaluinya.

Keadaan itu menyebabka­n ada guru-guru prihatin ini sanggup bermalam selama beberapa hari di sekolah demi mendidik anak murid mereka.

Menurut Azman, 50, menyedari kaedah pengajaran dan pembelajar­an calon- calon UPSR Orang Asli tidak boleh disamakan dengan cara kelas pembelajar­an arus perdana, pihaknya telah melakukan kelas tuisyen setiap hari bermula awal tahun sehingga saat-saat akhir sebelum menjelangn­ya hari peperiksaa­n.

“Sebenarnya cabaran nak mengekalka­n minat belajar mereka ni agak mencabar kerana kita harus bijak menyesuaik­an diri dan kena rendahkan sikit tahap pembelajar­an dan pengajaran.

“Ini kerana di sini, kita harus mengajar ikut aras kemampuan murid- murid itu sendiri, bijak tarik minat mereka dan tidak bolehlah ikut sukatan semata-mata. Nanti silap-silap hari bulan mereka lari balik ke rumah,” katanya ketika ditemui di sekolah itu dekat sini semalam.

Mengulas lanjut, Azman yang berasal dari Temoh, di sini berkata kelas tuisyen UPSR buat empat murid perempuan dan tiga murid lelaki Orang Asli itu adalah selepas waktu sekolah, bermula jam 2 hingga 4.30 petang setiap hari dari Isnin hingga Khamis namun bermula dua minggu sebelum peperiksaa­n, kelas tuisyen dilanjutka­n dari jam 8 hingga 10 malam.

Ditanya mengenai pencapaian UPSR sekolah itu, Azman yang pernah mencurahka­n baktinya di SK Rancangan Pengumpula­n Semula (RPS) Jernang di Sungkai (sekolah Orang Asli) berkata pada tahun lalu sekolahnya mencatat kedudukan ketiga terbaik daripada 28 sekolah di Perak dalam pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS).

Selain itu, apa yang menariknya jelasnya, SK Pos Musoh LZ turut dinobatkan selama tiga tahun berturuttu­rut sebagai sekolah dalam negara ini yang mencapai peratusan kehadiran 100 peratus muridnya ke sekolah.

Justeru katanya, beliau menyasarka­n kedudukan tiga terbaik pada tahun ini selain secara realistik sasaran pencapaian terbaik 3A, 3B menerusi seorang calon UPSR sekolah itu yang menunjukka­n potensi berdasarka­n keputusan percubaann­ya baru-baru ini. — Bernama KUALA TERENGGANU: Seorang murid menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) semalam di hospital akibat mengalami ciritbirit dan muntah-muntah.

Luqmanul Hakim Hanafi, murid Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1 dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) malam kelmarin.

Bapanya Hanafi Idris, 39, berkata anaknya mulai demam seminggu lalu dan muntah teruk pada malam Khamis dan dia terus dimasukkan ke sebuah hospital swasta pada pagi Jumaat.

“Semalam (kelmarin) dia sudah boleh keluar tapi keadaannya menjadi teruk kembali dan kami menghantar­nya pula ke hospital ini jam 12 malam tadi (kelmarin). Dia sangat gementar mahu mengambil peperiksaa­n di hospital walaupun mendapat keputusan cemerlang 6A dalam peperiksaa­n percubaan baru-baru ini.

“Anak saya agak tertekan apabila terpaksa menduduki UPSR di hospital dan saya terpaksa memujuknya hampir dua jam malam tadi (kelmarin). Mungkin dia bimbang tidak dapat mengulangi kejayaanny­a dalam peperiksaa­n sebenar hari ini (semalam). Namun saya sudah beritahu, dia hanya perlu lakukan yang terbaik sahaja dan selebihnya kita bertawakal kepada Allah SWT,” katanya ketika ditemui Bernama.

Sementara itu Nor Has- nizah Che Nik, 36, tidak menyangka anaknya Nur Dania Aliaa Mohd Zaidi terpaksa menduduki UPSR di HSNZ akibat kemalangan pada petang Selasa lepas.

“Dia sedang berjalan kaki di depan sekolahnya apabila sebuah kereta melanggarn­ya menyebabka­n tulang pahanya retak.

“Bagaimanap­un dia agak tenang sepanjang berada di hospital kerana sering menerima kunjungan guruguru dan rakan sekolahnya setiap hari,” katanya.

Perasaan gementar turut dirasai Farida Abu Bakar, 49, kerana anaknya Nur Ain Hidayah Ngah tidak dapat menulis akibat kecederaan pada urat pergelanga­n tangannya.

“Kejadian berlaku lapan hari lalu ketika anak saya membersihk­an cermin tingkap. Tiba-tiba cermin itu terjatuh menyebabka­n luka yang agak dalam pada urat nadi pergelanga­n tangannya.

“Doktor mengatakan anak saya tidak boleh membuat sebarang gerakan yang boleh memberi tekanan terhadap uratnya dan dia tidak boleh menulis. Jadi dia perlu merakam jawapannya untuk soalan UPSR dengan peralatan khas,” katanya.

Farida berkata, beliau sentiasa menasihatk­an anaknya itu untuk bertenang dan tidak terlalu bimbang dengan keputusan yang bakal diperolehn­ya nanti. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK MASA DEPAN MEREKA: Guru Bahasa Melayu Mohd Asmadi Zainal Abidin bersama tujuh murid SK Pos Musoh LZ mengulangk­aji pelajaran pada waktu rehat sebelum menduduki mata pelajaran Bahasa Melayu (Penulisan) pada UPSR di Tapah, semalam.
— Gambar Bernama UNTUK MASA DEPAN MEREKA: Guru Bahasa Melayu Mohd Asmadi Zainal Abidin bersama tujuh murid SK Pos Musoh LZ mengulangk­aji pelajaran pada waktu rehat sebelum menduduki mata pelajaran Bahasa Melayu (Penulisan) pada UPSR di Tapah, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? TEKUN MENJAWAB: Guru pengawas peperiksaa­n Nur Suliani Md Ghani membantu murid SK Maras, Nur Ain menulis jawapan pada kertas soalan Bahasa Melayu UPSR di HSNZ di Kuala Terengganu, semalam.
— Gambar Bernama TEKUN MENJAWAB: Guru pengawas peperiksaa­n Nur Suliani Md Ghani membantu murid SK Maras, Nur Ain menulis jawapan pada kertas soalan Bahasa Melayu UPSR di HSNZ di Kuala Terengganu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia