Utusan Borneo (Sarawak)

Murid hadapi masalah penglihata­n bersemanga­t duduki UPSR

-

IPOH: Kaedah umum yang digunakan untuk menilai pembanguna­n dan kemajuan manusia di negara ini harus dikaji semula untuk menangani pelbagai isu seperti kesejahter­aan sosial, pembanguna­n serta kemanusiaa­n, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Baginda bertitah prestasi ekonomi negara secara tradisinya diukur berdasarka­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serta indeks pembanguna­n manusia untuk menilai pelbagai kebajikan sosial termasuk kesihatan dan pendidikan.

“Kita harus menyedari bahawa pelbagai penunjuk yang lebih luas diperlukan untuk memantau trend pembanguna­n dan kemakmuran,” titah baginda pada perasmian Dialog Pangkor 2017 (PD 2017) di sini semalam.

Acara dua hari itu yang bertemakan ‘Memacu Masa Hadapan: Landasan Inovatif Ke Arah Pembanguna­n Mampan’ anjuran Institut Darul Ridzuan (IDR) adalah platform untuk membincang­kan isuisu berkaitan pembanguna­n sosioekono­mi dan kelestaria­n.

Sultan Nazrin juga menarik perhatian bahawa banyak pekerjaan yang didapati sekarang mungkin tidak lagi wujud pada masa depan disebabkan oleh teknologi baharu pada masa kini.

“Satu kajian menunjukka­n sekurang-kurangnya 50 peratus daripada 700 kategori pekerjaan berlainan sekarang, mungkin sepenuhnya automatik pada tahun-tahun akan datang,” titah Sultan. — Bernama KOTA BHARU: Mempunyai masalah penglihata­n bukan halangan kepada Nik Fazrina Nik Mohd Fazli, 12, untuk menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) seperti rakan pelajarnya yang normal.

Anak kelima daripada tujuh beradik itu hadir ke Sekolah Kebangsaan ( SK) Kampung Sireh di sini dengan penuh semangat bersama ayahnya seawal jam 7 pagi bagi menduduki peperiksaa­n berkenaan.

Menurut bapanya, Nik Fazli Che Omar, 46, anaknya itu seorang yang tekun belajar dan bercita-cita menjadi seorang pendidik, walaupun mempunyai masalah penglihata­n sejak lima bulan kelahirann­ya.

“Sebagai ayah saya amat bangga dengan kesungguha­n yang ditunjukka­n Nik Fazrina. Berkat kesungguha­nnya dia mendapat keputusan 3A dalam ujian percubaan UPSR dan antara pelajar ‘sasaran’ UPSR sekolahnya,” katanya yang bekerja sebagai pengawal keselamata­n di sebuah pasar raya di sini, semalam.

Nik Fazli yang menetap di Kampung Pasir Pekan, berkata tiga orang lagi anaknya turut mengalami masalah penglihata­n seperti Nik Fazrina menyebabka­n mereka tidak dapat meneruskan persekolah­an.

Nik Fazrina antara tiga calon berkeperlu­an khas UPSR di SK Kampung Sireh hari ini selain Aidil Afendi Azuan Azman dan Wan Ibrisam Hakimi Wan Mohd Ghazali yang menduduki peperiksaa­n tersebut menggunaka­n medium Braile.

Seramai 47 calon berkeperlu­an khas menduduki UPSR di Kelantan tahun ini sementara 9 orang calon mengambil peperiksaa­n di hospital.

Di JOHOR BAHRU, Nurhani Sofea Nazaruddin, 12, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kompleks Uda, Bandar Baru Uda, di sini, mengalami kerosakan pankreas sejak berusia tiga tahun dan perlu mendapatka­n rawatan insulin empat kali sehari selain perlu menjaga jadual pemakanan hariannya.

Tidak seperti rakan lain, Nurhani Sofea memulakan peperiksaa­n dengan suntikan insulin sebelum mengambil sarapan dan melangkah mas- uk ke bilik peperiksaa­n.

“Saya tidak terlalu letakkan harapan tinggi kerana tidak mahu anak saya tertekan kerana saya takut bila dia tertekan, ia memberi pengaruh terhadap kesihatan anak saya,” kata ibunya, Noraini Ismail, 45, dan menambah suntikan insulin itu menjadi rutin anaknya sejak memulakan persekolah­an.

“Penyakit yang dihidapiny­a hanya diketahui sewaktu dia kecil kerana dia kerap kali demam dan hasil pemeriksaa­n perubatan mendapati demam tersebut mengakibat­kan kerosakan pankreas yang menyebabka­n dia perlu suntikan insulin setiap kali mahu makan,” katanya ketika ditemui pemberita di SK Kompleks Uda, semalam.

Noraini yang juga guru Matematik di sekolah tersebut, berkata anak kedua daripada empat beradik itu mendapat keputusan 4A 2B pada ujian percubaan UPSR lepas. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BUKAN PENGHALANG: Murid OKU Nik Fazrina dan Aidil Affendi Azuan Azman (belakang) menggunaka­n mesin Braille untuk menjawab soalan peperiksaa­n UPSR di SK Kampung Sireh di Kota Bharu, semalam.
— Gambar Bernama BUKAN PENGHALANG: Murid OKU Nik Fazrina dan Aidil Affendi Azuan Azman (belakang) menggunaka­n mesin Braille untuk menjawab soalan peperiksaa­n UPSR di SK Kampung Sireh di Kota Bharu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia