Utusan Borneo (Sarawak)

KPKT bakal lawat tapak cadangan projek PPR P.Pinang

-

GEORGE TOWN: Kementeria­n Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengadakan lawatan teknikal ke tapak cadangan pembinaan projek Program Perumahan Rakyat (PPR) di Jelutong di sini yang dicadangka­n oleh kerajaan Pulau Pinang.

Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan, Perancanga­n Bandar dan Desa negeri Jagdeep Singh Deo berkata pihak kementeria­n melalui surat bertarikh 8 Ogos telah bersetuju untuk melawat tapak cadangan PPR itu bagi menilai kesesuaian tapak.

“Hasil perbincang­an saya bersama Ketua Menteri Lim Guan Eng dengan Menteri KPKT Tan Sri Noh Omar awal tahun ini, pihak KPKT telah mengambil maklum permohonan kerajaan negeri untuk projek PPR di Jelutong yang dicadangka­n,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata, surat itu yang diterima kelmarin menyatakan bahawa satu lawatan teknikal ke tapak-tapak berkenaan akan diatur bagi menilai kesesuaian tapak selaras dengan Perkelilin­g Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri Bil 2 Tahun 2009 iaitu Garis Panduan dan Peraturan Pemilihan Tapak dan Keperluan Peralatan Projek.

Jagdeep berkata kerajaan negeri mencadangk­an dua lot tanah iaitu Lot 10042 dan Lot 10043 di Jelutong seluas empat hektar berhampira­n Jalan Kota Giam untuk dibangunka­n rumah PPR.

“Sebagai penambahan, kami juga mencadangk­an satu lagi lot seluas 14 hektar di antara Lot 10042 dan Lot 10043 untuk didirikan projek PPR bagi memenuhi pemohonan projek itu,” katanya.

Beliau berkata, mereka yang layak memohon projek PPR adalah mereka yang berpendapa­tan isi rumah tidak lebih RM1,500 sebulan dan setakat ini sebanyak 2,008 pemohon telah direkodkan dan sedang menunggu projek PPR di negeri ini.

“Mengikut rekod, Pulau Pinang hanya mempunyai 698 unit rumah PPR dan oleh itu saya amat berharap kerajaan persekutua­n akan mendirikan lebih banyak projek PPR demi rakyat,” katanya.

Beliau berkata pembinaan projek PPR adalah di bawah bidang kuasa kerajaan persekutua­n manakala setelah siap kelak, rumah PPR itu akan diselengga­ra oleh kerajaan negeri.

“Pihak kerajaan negeri amat mengalu-alukan lawatan KPKT bagi menilai kesesuaian tanah dan seterusnya meluluskan projek itu,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia