Utusan Borneo (Sarawak)

Melaka usaha jalin kerjasama dengan pemaju tangani hakisan pantai: Idris

-

MELAKA: Kerajaan Melaka kini melakukan perbincang­an dengan beberapa syarikat pemaju bagi mencari jalan mengatasi masalah hakisan akibat ombak yang berlaku di sekitar pantai dan tebing di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata inisiatif berkenaan diambil berikutan Melaka merupakan antara empat negeri yang kawasan pinggir pantainya dikesan hilang sehingga empat meter setahun selain Johor, Pahang dan Kelantan.

Katanya, kerajaan negeri turut mengambil langkah awal membina pantai baharu yang dibangunka­n melalui usaha penambakan laut bagi menggantik­an pantai yang terhakis akibat ‘ditelan’ laut.

Terdahulu, beliau merasmikan perhimpuna­n bulanan Jabatan Penyiaran Melaka yang berlangsun­g di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh di sini. Turut hadir Pengarah Penyiaran Negeri Ibrahim Ismail dan barisan Exco kerajaan negeri serta kira-kira 500 penjawat awam seluruh negeri.

Idris berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah media tempatan mengenai beberapa lokasi di negeri berkenaan membabitka­n Kampung Portugis, Kampung Permatang Pasir, Kampung Rantau dan Teluk Mas Baroh di sini yang mengalami hakisan teruk dipercayai akibat pembanguna­n tidak terkawal.

Laporan itu menyebut projek tebus tanah yang dibangunka­n di beberapa kawasan di negeri ini dipercayai turut menjadi punca utama, berikutan arus laut dan aliran pantai yang dijangka mengalir terus namun tersekat sehingga memberi kesan buruk terhadap tebing dan pantai di lokasi terbabit.

Sementara itu, pada majlis sama kerajaan negeri Melaka menyampaik­an insentif kepada 38 atlet dari negeri ini yang memproleh pingat pada temasya Sukan SEA Kuala 2017 (KL2017) bulan lepas melibatkan peruntukan berjumlah RM269,000.

“Setiap atlet yang memperoleh pingat emas menerima insentif RM8,000, pemenang pingat perak menerima RM5,000 dan pingat gangsa RM3,000 sebagai menghargai dan mengiktira­f kejayaan mereka mewakili negara selain menggalakk­an atlet supaya terus meningkatk­an pencapaian masing-masing,” katanya.

Antara atlet kelahiran Melaka yang menerima insentif itu ialah atlet memanah negara, Mohd Juwaidi Mazuki dan atlet gimnastik artistik, Tan Ing Yueh.

Mereka memperoleh insentif paling banyak iaitu RM21,000 apabila masingmasi­ng berjaya meraih dua pingat emas dan satu pingat perak di temasya dwitahunan itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia