Utusan Borneo (Sarawak)

MUBARAK S’gor bantu jentera BN pikat pengundi veteran

-

SHAH ALAM: Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK) Selangor akan turun padang bagi membantu jentera Barisan Nasional (BN) dalam kempen pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dengan memberi fokus kepada pengundi veteran di negeri ini.

Yang Dipertuany­a Tan Sri Abu Hassan Omar berkata langkah itu perlu bagi memikat golongan pengundi berusia 50 tahun ke atas memilih Barisan Nasional (BN), sekali gus membawa parti itu kembali memerintah negeri ini.

“Buat masa ini kami telah menempatka­n wakil-wakil di seluruh negeri menerusi Majlis Permuafaka­tan Parlimen bagi menerangka­n agenda kerajaan (persekutua­n) selain mendekatka­n kami dengan kumpulan pengundi sasar.

“Sasaran kami ialah kepada pengundi veteran yang mewakili kira-kira 30% daripada bilangan pengundi di Selangor…seluruh jawatankua­sa Mubarak dan saya sendiri juga akan turut sama bekerja keras berkempen untuk membantu BN,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahka­n sumbangan RM10,000 daripada MUBARAK kepada ‘Tabung Sinar4Rohi­ngya- Solidariti For Humanity’ yang diwakili Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian Datuk Abdul Jalil Ali bagi membantu kaum Rohingya di negara ini dan juga di Myanmar. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia