Utusan Borneo (Sarawak)

Kedah sedia jumpa S’gor suku akhir Piala Malaysia

-

ALOR SETAR: Juara bertahan, Kedah, sudah bersedia untuk berdepan dengan gergasi merah yang juga Juara Piala Malaysia 33 kali, Selangor pada perlawanan suku akhir Piala Malaysia 2017.

Mengakui saingan pasti lebih hebat selepas ini, Ketua Jurulatih Kedah Mohd Nidzam Adzha Yusoff berkata pasukannya akan cuba melangkah ke peringkat seterusnya dengan kemenangan bergaya walaupun terpaksa bertemu dengan pasukan yang digeruni.

“Untuk prestasi malam ini, kita lebih fokus kepada empat pemain import kerana lebih sebulan mereka tidak bermain dan kita lihat mereka bersedia untuk bermain di peringkat suku akhir dan digandingk­an semula dengan pemain ke- bangsaan,” katanya.

Perlawanan Piala Malaysia Kedah menentang Kelantan malam kelmarin yang berkesudah­an 2-0 menyaksika­n Kedah, yang sudahpun mengesahka­n slot ke suku akhir, bertemu dengan naib juara Kumpulan D iaitu Selangor.

Perlawanan itu menyaksika­n pemain-pemain muda diberi peluang beraksi seperti Syafiq Ahmad, Amirul Hisyam Awang Kecik, Mohamad Arif Farhan Md Isa dan Mohd Ifwat Akmal Che Kassim.

Tujuh pemain yang mewakili Harimau Malaya pula diberi peluang untuk berehat setelah mengambil kira beberapa perlawanan besar yang disertai mereka sebelum ini bagi membantu skuad kebangsaan.

Menyentuh mengenai peluang untuk pemain muda mencuri slot kesebelasa­n utama pada perlawanan suku akhir itu nanti, Mohd Nidzam berkata mereka perlukan lebih masa dan perlawanan untuk menggalas tugas di peringkat lebih tinggi.

“Tahniah kepada pemain baru diturunkan malam ini kerana mampu menggalas tugas tanpa bolos harap momentum kemenangan ini boleh dibawa ke peringkat seterusnya,” katanya.

Mengenai kecederaan Muhammad Syazwan Tajudin dan Muhammad Hanif Mat Dzahir dalam perlawanan malam tadi, beliau berkata kecederaan itu tidak serius dan menambah, ramai lagi pemain lain yang boleh berada di posisi tersebut selain pemain kebangsaan yang akan turun bermain semula. — Bernama

 ??  ?? LINCAH: Sebahagian daripada babak aksi perlawanan Ligue 1 di antara Marseille dan Rennes di Stadium Velodrome.
LINCAH: Sebahagian daripada babak aksi perlawanan Ligue 1 di antara Marseille dan Rennes di Stadium Velodrome.
 ?? — Gambar Bernama ?? KAWAL KETAT: Pemain Kedah Liridon Krasniqi (tengah) diasak pemain Kelantan Faizol Nazlin Sayuti pada perlawanan Piala Malaysia 2017 di Stadium Darul Aman, malam kelmarin.
— Gambar Bernama KAWAL KETAT: Pemain Kedah Liridon Krasniqi (tengah) diasak pemain Kelantan Faizol Nazlin Sayuti pada perlawanan Piala Malaysia 2017 di Stadium Darul Aman, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia