Utusan Borneo (Sarawak)

Marquez dominasi MotoGP San Marino

-

MISANO ADRIATICO, Itali: Juara dunia, Marc Marquez dari Sepanyol, memenangi perlumbaan basah MotoGP San Marino Ahad lepas untuk menyertai Andrea Dovizioso di senarai pendahulu keseluruha­n kategori pelumba.

Marquez, yang menunggang jentera Honda, menamatkan perlumbaan di hadapan pelumba pasukan Ducati dari Itali, Danilo Petrucci di litar basah sementara Dovizioso, juga menunggang jentera Ducati, menamatkan saingan di tempat ketiga.

Marquez dan Dovizioso berkongsi 199 mata dengan baki lima perlumbaan sahaja lagi musim ini.

“Saya cuba mengawal kepantasan sepanjang perlumbaan dan dalam keadaan basah seperti ini, saya terpaksa bersabar tetapi pada akhirnya, saya terpaksa mencuba,” kata Marquez selepas mencipta kemenangan keempat musim ini.

“Ia adalah satu kemenangan yang sangat penting. Kami terus berusaha,” tambah Marquez, dengan perlumbaan seterusnya di tanahairny­a di Aragon pada 24 September.

Ia adalah kemenangan ke59 dalam kerjaya Marquez, yang bermula di petak ketiga dan memintas Petrucci pada pusingan terakhir untuk mencipta kemenangan ke-33 dalam kelas MotoGP.

Tiga pelumba teratas dalam saingan kejuaraan berada di kelompok hadapan permulaan perlumbaan tetapi Jorge Lorenzo dari pasukan Ducati bermula dengan baik dari barisan kedua perlumbaan.

Tetapi Lorenzo adalah salah seorang dari beberapa pelumba yang terbabas ekoran litar licin, bersama-sma rakan senegara dari Sepanyol, Hector Barbera.

Petrucci bersaing dengan Marquez, yang akhirnya berjaya memintas pada pusingan terakhir untuk mengutip 25 mata maksima perlumbaan.

Dalam kelas Moto2, dua pelumba pasukan Kalex, Dominique Agerter dan Thomas Luthi dari Switzerlan­d menduduki dua tempat teratas, diikuti pelumba dari Malaysia, Hafizh Syahrin sementara dalam kelas Moto3, Romano Fenati dari Itali, mencipta kemenangan kelapan dalam kerjayanya. — AFP

 ??  ?? MARQUEZ
MARQUEZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia