Utusan Borneo (Sarawak)

Empat atlet terima insentif Sukan SEA

-

LABUAN: Empat atlet Labuan yang memenangi pingat pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) bulan lepas menerima insentif berupa wang tunai pada majlis sambutan Hari Malaysia peringkat Labuan di sini kelmarin. Atlet berkenaan, Nur Ain Nabila Tarmizi, yang memenangi pingat emas bagi acara boling padang, Siti Shazwana Ajak (pingat emas - Pencak Silat), Christina Edris dan Siti Farhanita Maddin (pingat gangsa-pasukan ragbi wanita), masing- masing menerima RM10,000 dan RM3,000 daripada Pejabat Anggota Parlimen Labuan dan Yayasan Pembanguna­n Labuan. Anggota Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli, yang hadir pada majlis penyampaia­n insentif itu, berkata empat atlet itu bukan sahaja mengharumk­an nama Labuan, tetapi juga negara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia