Utusan Borneo (Sarawak)

SK Matang Jaya dan SMK St Joseph ungguli Program Tenpin Boling Sekolah 2017-2027

-

KUCHING: Sekolah Kebangsaan (SK) Matang Jaya dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Joseph muncul juara bagi kategori sekolah rendah dan menengah Program Tenpin Boling Sekolah 2017- 2027 di Megalanes Sarawak, Batu Kawa di sini.

SK Matang Jaya diwakili Adly Azamin, Abang Muhd Fauzan, Cornelius Aldhelm, Mirza Irfan, Clarence Miler dan jurulatih, Ahmad Fauzee Abdul Rahman merekodkan 546 jatuhan pin mengesahka­n kejuaraan acara sekolah rendah.

Sementara di tempat kedua, dimenangi SK Semerah Padi menerusi gandingan Muhd Nor Hakimi Abdullah Mansor, Mohd Mohiddin Ishak, Abang Haris Syzwan, Mohd Irfan Daniel Yusuf dan Hatta Anand Kamal dengan 450 jatuhan pin.

Manakala Sekolah Swasta St Joseph dibarisi pemain, Jarvis Ting, Zacchaeus Joseph Lai, Marcus Jimok, Gerald Tan, Elaijah Yeo dan Jesse Madigen Nyahun berpuas hati menamatkan saingan tempat ketiga mengutip 441 jatuhan pin.

Bagaimanap­un, pemain St Joseph, Jarvis menem- pah nama selaku pemenang Anugerah Pemain Lelaki Terbaik dan Danyiella Halleana dari SK Garland menerima Anugerah Pemain Wanita Terbaik.

Kategori sekolah menengah menyaksika­n, gandingan Zafrul Zidane Zafrullah, Muhd Aneiq Daryll Muhammad Idari, Nicholson Ryan Nabau, Muhd Aniq Zulhilmi, Mohd Ikhwan Syaffriei Mohd Faizul dan Nur Fazlan Ali Nahas dari SMK St Joseph menjatuhka­n 819 pin menamatkan saingan di tempat pertama.

Naib juara dimenangi SMK Demak Baru dengan mata 627 jatuhan pin manakala tempat ketiga dimenangi SMK Agama Tun Ahmad Zaidi selepas mencatatka­n 603 jatuhan pin.

Zafrul Zidane dari SMK St Joseph kemudian diumumkan sebagai pemenang Anugerah Pemain Lelaki Terbaik bagi kategori sekolah menengah, manakala Anugerah Pemain Wanita Terbaik dimenangi Nur Shasya dari SMK Agama Tun Ahmad Zaidi A.

Majlis penyampaia­n hadiah disempurna­kan oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Dr Ong Kong Swee.

Program itu merupakan anjuran bersama Persatuan Tenpin Boling Amatur Sarawak ( ABAS) dan Megalanes Sarawak dengan sokongan SSC dan MSNS bertujuan mencungkil bakatbakat baharu dalam sukan boling di negeri ini.

 ??  ?? TAHNIAH: Dr Ong bersama Ahmad Fauzee (tiga kiri) dan pasukan SK Matang Jaya serta pemenang lain pada majlis penyampaia­n hadiah di Kuching.
TAHNIAH: Dr Ong bersama Ahmad Fauzee (tiga kiri) dan pasukan SK Matang Jaya serta pemenang lain pada majlis penyampaia­n hadiah di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia