Utusan Borneo (Sarawak)

Lapan pasukan bersaing rebut Piala TKM

-

BETONG: Lapan pasukan bersaing pada kejohanan Liga Betong LSC 2017 kembali beraksi pada Piala Timbalan Ketua Menteri (TKM) peringkat suku akhir di Kompleks Sukan Betong hari ini.

Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA) merancang penganjura­n kejohanan berprestij itu merupakan medan mencungkil bakatbakat baharu dan memilih pemain-pemain diserapkan dalam pasukan Betong.

Percaturan format pertanding­an diputuskan pada mesyuarat pengurusan sebelum bermulanya kejohanan liga dipersetuj­ui merujuk kepada kedudukan dalam kumpulan.

Perlawanan pembuka tirai, undian menetapkan juara Kumpulan A bertemu kedudukan keempat Kumpulan B dan naib juara Liga Betong, Dayawa Saribas United melawan Polibet FC hari ini.

Seterusnya PPMB FT bakal menentang De’laut FC pada Rabu (13 September), SABERKAS Layar bertemu Bersepai FC pada Khamis(14 September).

Manakala KSRTTE BS akan melayan juara Liga Betong, Saratok PC pada Jumaat (16 September).

Juara bakal membawa pu- lang hadiah berupa wang tunai RM5,000, piala pusingan, piala iringan dan medal.

Naib juara menerima wang tunai RM3,000, piala dan medal. Manakala pemenang ketiga bersama membawa pulang wang tunai RM1,500 serta medal.

Anugerah Pemain Terbaik dan Penjaring Terbanyak masing-masing menerima sebuah piala dan baucar bernilai RM200.

Semua perlawanan berlangsun­g di Kompleks Sukan Betong bermula jam 3.30 petang. Orang ramai dijemput menyaksika­n perlawanan­perlawanan tersebut.

 ??  ?? SEDIA: Pasukan Dayawa Saribas United melawan Polibet FC di Kompleks Sukan Betong hari ini.
SEDIA: Pasukan Dayawa Saribas United melawan Polibet FC di Kompleks Sukan Betong hari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia